Wednesday, August 28, 2013

MENGGUNTING DALAM LIPATAN

Seperti yang dijelaskan oleh Jamil Khir Baharom di Parlimen, terdapat 863 permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010. Hanya 168 permohonan yang diluluskan. Walaupun angka ini tidak sampai pun 20%, kita perlu menerima hakikat bahawa proses kemurtadan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Sesiapa juga boleh murtad kerana ruang untuk mereka telah tersedia. Mohon saja. Tunggu lulus atau tidak. Kalau tidak diluluskan sekalipun, dia nak murtad juga, siapa yang boleh ambil tindakan?

Jika demikian keadaannya, mengapakah isu ini diheboh-hebohkan sehingga Hasan Aqidah menubuhkan Jalur Tiga (JATI). Namun demikian, dia sendiri sebenarnya mengetahui bahawa usahanya itu seumpama anjing menyalak bukit. Sebab itu, dia tala ke tempat lain dalam ceramah-ceramahnya.

Fakta yang diserlahkan di atas menjelaskan kepada kita betapa tidak seriusnya Setan UMNO Baru terhadap Islam. Di samping itu, tindakan seumpama itu melambangkan pemikiran liberalisme mereka terhadap kecenderungan beragama dalam kalangan rakyat.

Anehnya, dalam situasi sedemikianlah Najib bercakap tentang aqidah, syiar Islam, prihatin terhadap Islam, dan maqasid syariah di hadapan pemuka-pemuka Islam tidak berapa lama dahulu. Rupa-rupanya mereka menggunting dalam lipatan !!!

No comments:

Post a Comment