Friday, August 16, 2013

PENAKUTLAH PULAK !!!


'Awakening' Pak Lah: Adakah Mahathir takut jawab?



Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) yang sehingga kini mendiamkan diri tanpa sebarang penjelasan berhubung apa yang disiarkan di dalam buku Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia.

Beliau yang dihubungi memberitahu ada beberapa persoalan yang perlu dijelaskan oleh Tun M terutamanya soal negara yang akan bankrap jika bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) ditadbir mengikut cara Tun M.

"Pak Lah dalam buku tersebut tidak menafikan bahawa negara ini akan bankrap jika beliau mengikut cara pentadbiran Tun M yang suka berbelanja sedangkan defisit negara kian meningkat.

"Perkara ini perlu dijelaskan oleh Tun M, rakyat ingin mengetahui kebenaran dan kalau sebelum ini Tun M selalu bersuara dalam segenap isu kenapa dakwaan dalam buku tersebut beliau berdiam diri," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, isu krisis ekonomi di negara ini adalah berpunca dari zaman pentadbiran Tun M lagi, tohmahan yang dilemparkan kepada Pakatan Rakyat berhubung dengan janji memansuhkan bayaran tol ataupun mengurangkan harga minyak menyebabkan negara bankrap adalah tidak benar.

"Rakyat ingin mengetahui siapa yang menyebabkan negara ini akan bankrap, pendedahan telah dilakukan dan sekarang Tun M kena bersuara bukannya berdiam diri.

"Kenapa beliau perlu takut kalau beliau berani mengkritik kerajaan ataupun Pakatan Rakyat, beliau juga perlu berani menjawab tohmahan tersebut," jelasnya lagi.

Pak Lah yang tampil di dalam buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia telah menimbulkan kontroversi sehinggakan terdapat pelbagai pihak tidak senang dengan sikap beliau terutama dalam soal mengaitkan Tun M.  - hd

No comments:

Post a Comment