Wednesday, August 21, 2013

PENDAMAIAN NASIONAL ?



Penganalisis politik Wong Chin Huat, felo Penang Institute mengatakan pendamaian diperlukan tetapi cabarannya bukan dari konteks kaum dan agama. Beliau mengatakan perpecahan adalah di antara mereka yang mahukan demokrasi lebih luas dan golongan – merasakan Malaysia sudah terlebih demokrasi.

“Kedua-dua pihak perlu duduk di meja rundingan,” katanya dan menambah terdapat 51 peratus yang mengundi untuk PR mahukan kepastian tiada penipuan dalam PRU14.

“Di satu pihak lain, ketakutan dan kebimbangan 47 peratus rakyat yang mengundi BN juga harus didengari. Kita harus tahu apa yang mereka takutkan,” kata Wong.
Sebagai permulaan, perlu ada pelan tindakan untuk reformasi yang efektif, jadi apa pun keputusan pilihan raya akan datang, akan diterima semua pihak.

Pensyarah universiti dan penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian mengatakan pendamaian nasional mempunyai peluang jika skop masalah ditakrifkan terlebih dahulu.

“Kita mesti bertanya apa yang perlu didamaikan dan tetapkan objektif,” katanya dan menambah keikhlasan dan kepercayaan adalah faktor utama untuk perpecahan ditamatkan.
Khalid Abdul Samad dari PAS dan pensyarah undang-undang Dr. Azmi Shahrom tidak begitu tertarik dengan cakap-cakap mengenai pendamaian nasional.

Bagi Khalid, lelaki yang menamatkan karier politik Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin di Shah Alam mudah sahaja: “Kita hanya perlu singkirkan mereka yang berkuasa dan menyebarkan ketidakpercayaan dan kebencian di kalangan rakyat. BN harus berhenti melaga-lagakan Melayu dan bukan Melayu.”

Azmi lebih berterus-terang.

Perpecahan dalam kalangan politik adalah normal dalam demokrasi, katanya. Tetapi jika Najib serius mahu lakukan pendamaian nasional, beliau harus menggembalikan kepercayaan terhadap sistem pilihan raya di kalangan rakyat Malaysia.

Nampak mudah, tetapi titik permulaannya menunjukkan betapa sukarnya tugas itu – Najib mengakui sistem pilihan raya di Malaysia cacat dan perlu diperbetulkan.

No comments:

Post a Comment