Thursday, September 26, 2013

BERAPA KALI LAGI MAHATHIR NAK KATA UMNO BODOH ?



Siapa Mahathir maksudkan bodoh dalam Umno



Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad terus melontarkan kritikannya terhadap Umno, tulis Shahbudin Husin.

Jika sebelum ini beliau mengatakan Umno sebagai parti yang sudah tua dan akan mati, kali ini pemimpin Umno yang sudah lama memegang jawatan pula dijadikan sasarannya.

Menurut Shahbudin, walaupun hujah Mahathir yang mengatakan Umno sudah tua dan bakal mati itu disanggah oleh Najib dengan mengatakan Umno sebenarnya semakin diterima rakyat berdasarkan lebih kerusi dimenanginya dalam pilihanraya lalu berbanding pilihanraya 2008, namun Mahathir nampaknya terus juga melontarkan kritikannya.

“Beliau yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun berkata, seseorang pemimpin tidak seharusnya memegang kuasa terlalu dan perlu mengetahui bila waktunya mahu berhenti.

“Langkah itu, menurutnya perlu dilakukan untuk mengelakkan parti daripada terus dikuasai oleh orang-orang bodoh,” tulis beliau di dalam blognya.

Namub, ujarnya tidak pasti siapa yang dimaksudkan oleh Mahathir sebagai golongan pemimpin yang tidak perlu memegang kuasa terlalu lama dan harus mengetahui waktu untuk berundur itu. - HD

No comments:

Post a Comment