Tuesday, September 24, 2013

BERLAGAKLAH TU !!!

Menteri biasa pun guna pengiring, rakyat meluat



Kenapa tiba-tiba sekarang seorang menteri meminta rakyat memberi penghormatan dan laluan kepada golongan VIP sedangkan rakyat yang sedang terperangkap dalam kesesakan juga sudah cukup sengsara deritanya?

Bukankah lebih baik dan disanjung tinggi jika golongan VIP juga sanggup bersama-sama dengan rakyat biasa mengharungi kesesakan jalanraya tanpa sebarang keistimewaan?

“Atau kalau tidak mahu terperangkap dalam kesesakan, keluar awal dan rancang perjalanan dengan baik,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya, hari ini.

Baginya, bukankah terlihat angkuh dan sombong jika seorang pemimpin atau VIP diberi keistimewaan begitu

Lagi pula, ujarnya bukanlah sikap pengguna jalanraya begitu buruk sehingga permintaan sebegini dibuat.

Ini, katanya kerana mereka biasanya tiada halangan untuk memberi laluan jika melibatkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau golongan diraja tertentu lantaran memahami desakan tugas dan selalu berkejar dengan masa.
 
“Apa yang berlaku, ada menteri biasa pun turut menggunakan pengiring dan tidak sanggup bersesak bersama-sama dengan rakyat kebanyakan. Inilah yang menimbulkan rasa meluat rakyat,” tulisnya lagi. - hd

1 comment:

  1. ingatkan cerita apa tadi.inagtkan cerita penting dan perlu dic eritakan

    ReplyDelete