Wednesday, September 25, 2013

DAP TAK SAMA DENGAN UMNO

50 sen: Jangan samakan DAP dengan UMNO



Sekumpulan pemimpin Melayu dalam DAP hari ini tidak bersetuju dengan pandangan bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor yang mendakwa, calon Melayu dalam parti itu hanya berharga 50 sen yang tiada kepentingan dalam parti.

Dalam satu kenyataan hari ini, mereka yang terdiri dari ahli Melayu dari seluruh negeri itu berkata, agak mengecewakan apabila pihak yang sudah begitu lama terlibat dan menyumbang begitu banyak masa dan tenaga demi perjuangan parti akhirnya kalah dengan ego masing-masing demi merebut pengaruh dan kuasa politik.

"Hujah bahawa kononnya DAP tidak meletakkan nilai tinggi kepada kaum tertentu bukan sahaja dangkal, malah sangat jahat kerana tindakan sedemikian menggagalkan agenda parti ke arah sebuah negara yang menyediakan peluang saksama kepada semua pihak.

"Jika DAP juga menggunakan sentimen perkauman, apa yang membezakan ahli politik DAP dengan UMNO-Barisan Nasional," kenyataan itu dipetik.

Berikut kenyataan penuh mereka.


Aktivis DAP digesa henti sentimen perkauman kerana akan merencatkan aspirasi parti ke arah negara yang adil buat semua.

Menjelang pemilihan semula DAP hujung minggu ini, begitu hebat sekali kempen politik yang dijalankan pihak-pihak tertentu bagi menggagalkan kongres khas tersebut. Tidak kurang juga kempen politik sesetengah pihak lain yang barangkali tidak dapat lagi membendung rasa kecewa dan akhirnya meledak dengan melakukan perkara yang di luar kebiasaan serta amalan ahli parti.

Agak mengecewakan apabila pihak yang sudah begitu lama terlibat dan menyumbang begitu banyak masa dan tenaga demi perjuangan parti akhirnya kalah dengan ego masing-masing demi merebut pengaruh dan kuasa politik.

Parti Tindakan Demokratik adalah parti politik berbilang kaum yang tidak memandang kepada latar belakang keturunan.

Hujah bahawa kononnya DAP tidak meletakkan nilai tinggi kepada kaum tertentu bukan sahaja dangkal, malah sangat jahat kerana tindakan sedemikian menggagalkan agenda parti ke arah sebuah negara yang menyediakan peluang saksama kepada semua pihak.

Jika DAP juga menggunakan sentimen perkauman, apa yang membezakan ahli politik DAP dengan UMNO-Barisan Nasional?

Adakah dengan sekadar lahir sebagai kaum tertentu di negara ini maka mesti diberi hak berbeza dan istimewa dalam sebuah parti politik?

Tindakan pihak-pihak seperti saudara Zulkifli Mohd Noor yang sedang cuba menjaja isu perkauman di tengah-tengah ribut kencang pemilihan ini adalah amat memalukan dan harus dihentikan serta merta. Ini juga memberi bayangan bahawa masih terdapat segelintir pihak dalam kalangan aktivis parti yang gagal memahami aspirasi parti DAP.

DAP sedang berusaha keras untuk melahirkan imej parti yang lebih segar dengan membawa pendekatan politik baru dengan gaya berbeza untuk memperkukuh aspirasi politik dasar dan bukannya politik perkauman.

Kami sangat kecewa apabila aspirasi parti ke arah politik baru ini tidak dapat dihadam pihak-pihak tertentu yang sehingga ke hari ini menjaja keturunan kaumnya sebagai suatu modal politik demi mendaki tangga kedudukan politik. Seharusnya dengan pengalaman yang banyak, kesilapan-kesilapan politik yang begitu dangkal ini boleh dielakkan.


Oleh yang demikian kami menggesa supaya para aktivis parti berhenti menjaja sentimen perkauman yang akhirnya akan menjadi fitnah kepada parti dan membantut usaha bersama ke arah sebuah negara yang lebih baik tanpa batas-batas perkauman.

Sebaliknya setiap aktivis parti yang ingin dihargai oleh parti haruslah berusaha keras mengukuhkan agenda parti untuk membina Malaysia yang lebih sejahtera untuk semua tanpa mengira warna kulit, keturunan dan darjat.

Ditandatangani,

Mahdzir Ibrahim
Ahli MEK DAPSY Pusat

Hafiz Zainuddin
Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Jalan Brunei Pudu

Mohd Hariszuan
Ketua Pemuda DAPSY Bukit Bendera

Dyana Sofya
Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah

Rozaimin Elias
Bendahari DAP Cawangan Bangkok Lane

Edry Faizal Eddy Yusof
Timbalan Pengerusi pro-tem DAP Cawangan Bandar Utama

Nur Fitriah Abd Halim
DAP Bukit Bendera

Mohamad bin Samat
Setiausaha Organisasi DAPSY Selangor

Mohammad Firdaus Babh
Penolong Setiausaha DAPSY Selangor

Wira Andika A. Halim
DAP Cawangan Bukit Bintang Baru

Izmil Amri Ismail
DAP Cawangan Bangkok Lane

3 comments:

  1. sekarang pun mana ada beza jadi melayu dan cina dan india.sama ja..cuma kalu kita tengok di sector gov ramai melayu, di sector swasta ramai bukan melayu terutama cina yang memegang jawatan.bangsa cina juga boleh jadi kaya raya di malysia ini.rumah2 besar, kereta2 besar ramai dr mereka.perniagaan pun mereka bebas berniaga sehingga Berjaya sangat2...sekolah cina pun ada di malaysia ni...

    ReplyDelete
  2. samada melayu cina india dsb tak ada beza di Malaysia ni..atas masing2 nak jadi apa yang mereka mau... tdk begitu?

    ReplyDelete
  3. makna kata nak semua orang melayu join masuk DAP..mcm tu ka?

    ReplyDelete