Friday, September 13, 2013

TAK TAU BERTERIMA KASIH ?




Mengikut teori demokrasi, rakyatlah yang paling berkuasa. Mereka umpama raja. Oleh sebab itu, rakyat berhak memilih wakil mereka untuk menjalankan pemerintahan. Wakil-wakil ini umpama hamba raja. Hamba raja berkewajipan berkhidmat untuk rajanya, bukan sebaliknya. Raja berhak mengganti hambanya yang telah melakukan kemungkaran. Kerajaan tidak ada wang. Yang beri wang kepada kerajaan ialah rakyat. Sesiapa yang berkhidmat dengan kerajaan dapat balik wang tu. Tidak timbul soal makan hasil dari kerajaan di sini dan tidak salah bagi rakyat untuk menumbangkan kerajaan yang mereka tidak suka. Perkara ini berlaku di mana-mana pun dalam dunia ni. Adakah engkau nak kata rakyat Amerika Syarikat yang jatuhkan Parti Republikan dan gantikan dengan Parti Demokrat tu salah guna kuasa dan tidak mengenang budi?

No comments:

Post a Comment