Thursday, October 3, 2013

TIRIS BERBILION: MELAYU TETAP BAGI KERUSI KEPADA UMNO



Laporan Audit: PR gesa PAC adakan sidang khas




Pakatan Rakyat menggesa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengadakan persidangan khas bagi membincangkan penyelewengan dan ketirisan sepertimana yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di lobi Parlimen berkata perkara ini amat penting dan perlu menjadi keutamaan agar mereka yang terlibat dikenakan tindakan dan tidak berulang lagi.

"Kita dikejutkan dengan Laporan Ketua Audit mengatakan berlaku ketirisan sehingga kehilangan wang rakyat berbilion ringgit, ini bukan satu perkara yang baru dan apa yang kita tahu ia sentiasa berulang setiap tahun.

"Atas sebab itu, Pakatan Rakyat menggesa PAC mengadakan persidangan khas membincangkan perkara ini dan perlu pastikan satu tindakan diambil kepada mereka yang terlibat.

"Saya harap ahli-ahli parlimen dari Pakatan Rakyat yang terlibat dalam PAC dapat mengesa agar persidangan diadakan segera," katanya yang juga Ketua Umum PKR.

Anwar yang kecewa apabila ketirisan ini berlaku ketika rakyat dibelenggu dengan kenaikkan harga barang serta kesempitan hidup.

"Saat rakyat dibelenggu dengan kesempitan hidup akibat barang naik harga, mereka yang berkuasa begitu senang mengambil wang rakyat.

"Perkara ini bukan satu yang boleh dipandang mudah, setiap yang bersalah perlu dikenakan tindakan," sambung beliau lagi. - HD

2 comments:

  1. Yang tiris berjuta-juta itulah yang diharapkan oleh melayu umno untuk meneruskan hidup mereka ... yang tiris itulah yang masuk ke dalam kantung mereka ... kalau tidak berlaku ketirisan itu, dah lama dah melayu umno ni pupus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab yang berlaku ketirisan itu ketika dekat-dekat PRU sejak dari dulu lagi orang Melayu dok kena pebodoh oleh orang UMNO yang glia kuasa dan harta kekayaan Negara .

      Delete