Wednesday, October 16, 2013

MACAM MANA NAK BAGI RAKYAT BENCI KERJA JAHAT UMNO ?

Rakyat lihat rasuah macam dengar alunan muzik



Mohamad bersalaman dengan para jamaah selepas selesai solat hari raya.

TASEK GELUGOR: Umat Islam hari ini melihat rasuah, penyelewengan kerajaan, penindasan terhadap rakyat tidak ubah seperti mendengar alunan muzik di corong radio.

Demikian intipati khubah Aidil Adha yang disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Surau Kampung Baru, Tasek Gelugor pagi tadi.

Menurutnya lagi, walaupun mengetahui indeks rasuah di Malaysia meningkat rakyat tidak mempedulikannya malahan terus memberikan mandat Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah.

Tabiat tersebut katanya, macam dengar lagu atau muzik pada mulanya sedap dan terikut mendendangkanya tetapi apabila agak lama sudah muak.

Tetapi, katanya apabila muncul lagu baru lagu lama terus dilupakan.

"Tabiat rakyat Malaysia terutamanya umat Islam bagaikan dengar irama lagu bila muncul lagu baru ramai yang minat tetapi bila dah lama masing-masing buat tak tahu," tegasnya.

Contohnya apa yang dedahkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru ini bahawa Kementerian Dalam Negeri menghadapi masalah kehilangan senjata api seperti pistol, gari, teropong dan paling mengejutkan apabila pernah berlaku kehilangan enjin jet.

Paling baru, tambah beliau ialah pembiayaan kerajaan terhadap program Hari Belia Negara 2012 yang membayar artis K-Pop dengan kos RM1.6 juta.

"Sepatutnya umat Islam mempedulikan isu ini dengan menghukum kerajaan yang sengaja menyalahgunakan kuasa yang ada,” ujarnya. HD

No comments:

Post a Comment