Saturday, October 12, 2013

SELEWENG ! SELEWENG !! SELEWENG !!!

K-Pop: Najib digesa gantung tugas Shabery




Jingga 13 Malaysia mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggantung tugas Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia ekoran pendedahan perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan yang diterajui oleh beliau sebelum ini melibatkan wujud perbelanjaan melampau dan tidak berhemat oleh Laporan Ketua Audit Negara.

Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, sebagai Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Shabery tidak perlu bersikap ‘menegakkan benang basah’ tetapi mengambil sikap bertanggungjawab terhadap pendedahan yang dibuat berkaitan pembiayaan RM1.6 juta wang rakyat untuk konsert K-Pop.

Katanya, Shabery telah berbohong mengenai bayaran kepada tiga kumpulan K-Pop yang membuat persembahan U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet bahawa dibayar oleh penaja.

Isu perbelanjaan Himpunan Sejuta Belia 2012 sejumlah RM67.6 juta dari 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya juga turut mengundang pelbagai persoalan terhadap perbelanjaan yang sangat melampau.

Sebelum ini Shabery juga turut menyatakan bahawa program tersebut mendapat penajaan RM20 juta melalui Majlis Sukan Negara.

“Ini bermakna perbelanjaan Himpunan Sejuta Belia 2012 adalah berjumlah dicampur dengan tajaan ialah RM87.6 juta,” ujar Fariz dalam satu kenyataan.

Justeru, kata beliau Kerajaan Umno BN sewajarnya bersikap serius dan bertanggungjawab terhadap Laporan Ketua Audit Negara dan bukannya mengambil sikap sambil lewa membiarkan segala kebocoran, ketirisan, penyelewengan berlaku setiap tahun tanpa ada tindakan drastik menyelamatkan wang rakyat. -hd

No comments:

Post a Comment