Wednesday, October 9, 2013

UMNO : DARAH DAGINGNYA BOROS DAN RASUAH

Audit: Tak pelik Umno BN memang boros, rasuah




Laporan tahunan Ketua Audit Negara seperti kebiasaannya penuh dengan pendedahan sensasi namun ianya tidak mengejutkan dengan mengambilkira sifat pemerintah Umno BN yang boros, tidak cekap dan rasuah.

“Ketidakcekapan dan ketirisan sebeginilah yang menyebabkan kerajaan saban tahun, tanpa segan silu, memohon belanja tambahan sehingga menjadikan situasi defisit fiskal negara semakin parah,” kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.

Malah, katanya untuk tahun 2013, pemerintah memohon RM14.12 billion belanja tambahan, hatta sistem perakaunan kerajaan (Saga) yang sepatutnya digunakan untuk mencatat perbelanjaan pun turut disebut Ketua Audit Negara berdepan masalah.

Menurutnya, antara yang paling membimbangkan, kerugian pelaburan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) di dalam syarikat Time dotCom (TdC) Berhad berjumlah sehingga RM209 juta.

Beliau berkata, menggunakan wang amanah pencen pesara untuk melabur di dalam sebuah syarikat yang pasaran sedia maklum bermasalah merupakan satu keputusan yang membingungkan.

“Sekarang, pelaburan ini mencatatkan kerugian besar. Maka siapa yang harus bertanggungjawab?” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh dalam satu kenyataan.

Bagi Pemuda PAS, tegasnya itulah kesan bail-out kerajaan menggunakan wang rakyat demi menyelamatkan kroni-kroni mereka.

Hakikatnya, kata beliau pemerintah telah sekian lama menggunakan dana rakyat untuk membiaya projek dan syarikat yang tidak mempunyai daya saing sehingga menghambat prestasi ekonomi negara.

“Pendedahan ini sekaligus menambah kesangsian mengenai status pelaburan dan kewangan kumpulan-kumpulan wang seperti KWSP,” ujarnya.

Menurutnya lagi, sebagai susulan kepada laporan audit ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa Jawatankuasa Audit Parlimen (PAC) untuk memulakan enkuiri mendalam terhadap pelaburan dan penggunaan dana kumpulan-kumpulan wang negara khususnya KWSP dan KWAP.

Justeru, ujar beliau sudah tiba masanya pemerintah dan kroni-kroni mereka berhadapan dengan tindakan akauntabiliti agar rakyat benar-benar faham bagaimana wang caruman mereka digunakan. -  HD

No comments:

Post a Comment