Monday, November 11, 2013

SELAMAT LAGIKAH MALAYSIAKU ?

Pembunuh Norazita ditangkap, Ustaz Rafli pula dibunuh
 
Ustaz Zaharudin Muhammad


 
Baru selesai dengar pembunuh Norazita Abu Talib ditangkap di JB, rupanya disambung pula oleh Ustaz Rafli yang merupakan orang PAS dan adiknya bekerja di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Punca beliau ditembak masih dalam siasatan. Beliau yang merupakan bekas kadi di Bentong dan sekarang merupakan seorang Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), seorang yang tegas dan telah terlibat dengan beberapa penangkapan termasuk serbuan di kelab malam, menangkap pengamal Syiah dan lain-lain.

Apapun sebab, itu adalah urusan polis. Apa yang saya nak fokuskan di sini ialah, tidak tahukah si penembak bahawa hukuman mati menanti mereka?

Saya doakan semoga Al-Marhum Ustaz Rafli dianugerahkan syahid oleh Allah jika pembunuhnya bermotifkan dendam terhadap ketegasan beliau membanteras kemungkaran.

Isunya jenayah tembak bila akan berakhir? Adakah negara kita negara perang? Korupsi undang-undang konvensional semakin terserlah, mangsa demi mangsa, balu demi balu dan yatim demi yatim kian bertambah akibat jenayah.

Pegawai penguatkuasa, polis dan lain-lain menggadaikan nyawa mereka menjaga keamanan, sedangkan menteri-menteri, wakil-wakil rakyat bergelak ketawa di dalam dewan, projek dan elaun mereka. Geram sungguh geram. Semoga selepas ini anak mereka yang diculik, isteri mereka yang dirogol, rumah mereka yang dirompak, baru mereka mahu bersungguh membuat perubahan.

Saya tak terbayang bagaimana kesedihan dan keperitan keluarga-keluarga si mangsa jenayah, isteri yang menjadi janda, anak menjadi yatim, hilang tempat bergantung. Ingin rasanya untuk saya katakan 'celaka' kepada pemimpin-pemimpin Umno yang masih bertuhankan undang-undang manusia yang terbukti gagal dan gagal dan terus gagal. Bodoh dan bodoh bagi penyokong Umno yang terus menyokong demi wang yang cukup sedikit.

Dan memang bangang mereka yang masih takut menceritakan undang-undang Islam sebagai alternatif dan terus mencari ruang kebaikan undang-undang penjajah di celah-celah korupsinya yang terserlah.

Celaka, bodoh dan bangang adalah perkataan yang sangat ringan berbanding bebanan balu-balu yang kematian suami, anak-anak yang kehilangan bapa, ibu-ibu yang kehilangan anak dan termasuk isteri-isteri polis yang sentiasa kerisauan apabila suami keluar bertugas.

Dengan kes ini, saya yakin bukan penjenayah yang takut untuk meneruskan jenayah, bahkan selepas polis, penguatkuasa agama pula yang akan takut melaksanakan tugas mereka. Lihat sahaja selepas pembunuhan Norazita, bukan sahaja penjenayah tidak berhenti bahkan meniru cara merompak yang sama. Lihat sahaja rompakan kedai emas oleh pengawal yang bertugas sejurus beberapa hari selepas kes rompakan Ambank. Penjenayah akan rasa lebih takutkah atau orang yang awam yang akan rasa lebih takut? Fikirkan!

Undang-undang Islam terus diketepikan, undang-undang penjajah terus dipertuhankan, si pemimpin bergelak ketawa, hanya runsing bila kedudukan tercabar, hanya sedih bila kalah pemilihan, tapi bagaimana dengan nasib rakyat? Bagaimana isteri-isteri polis yang sentiasa kegusaran apabila suami keluar bertugas? Bagaimana? Sampai bila?

Hari ini pembunuh Norazita ditangkap. Adakah kita semua ingat dengan penangkapan ini semua penjenayah akan berhenti? Bukalah mata dan hati wahai seluruh rakyat Malaysia. Saya tidak tahu sampai bila kita semua terus dan terus diperbodohkan.

Ya Allah, berikan petunjuk kepada rakyat Malaysia yang jahil, berilah kemenangan kepada perjuangan Islam, kalahkan mereka yang zalim dan mementingkan kuasa pemerintahan berbanding rakyat.



Penulis ialah Ahli Majlis Syura Ulamak PAS. Tulisan di atas dipetik daripada facebook beliau.

No comments:

Post a Comment