Tuesday, December 3, 2013

TERUK SANGAT UMNO/BN NI ......

Siti Zailah Mohd Yusuf
[Siri 1: Perkongsian Isi Laporan Audit Negara 2012 Siri 3]

1) Hasil kerajaan persekutuan pada 2012 meningkat sebanyak 12.1% menjadikan ia berjumlah RM 207.9 Juta.

2) Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM 937,532 Juta manakala Jumlah Hutang Awam sebanyak RM 501,617 Juta maka nisbah hutang kepada KDNK ialah 53.5%.
 
3) Akaun Belum Terima (sejumlah wang yang sepatutnya diterima oleh kerajaan tapi masih belum diterima) ialah sebanyak RM 20.622 Billion pada 2012.

4) Berdasarkan pengauditan prestasi, ada 7 isu utama yang dilaporkan iaitu
a)kerja/bekalan/perkhidmatan tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti/tidak sesuai
b)kelewatan tidak munasabah
c)pembaziran
d)kelemahan pengurusan hasil
e)kelemahan pengurusan & penyelenggaraan aset kerajaan
f)ketidakpatuhan terhadap undang-undang alam sekitar
g)kelemahan pengurusan syarikat kerajaan

5) Isu Pengurusan Projek Pembinaan Bangunan Sekolah Di Sarawak yang bernilai RM 323.94 Juta- kualiti pembinaan tidak memuaskan, kontraktor yang dilantik hanya mengejar keuntungan dengan membeli bahan binaan yang murah dan tidak berkualiti. Kerja pembinaan yang dilaksanakan tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam kontrak. Kesan daripada kualiti pembinaan tersebut telah menyebabkan berlakunya keretakan bangunan, lantai berlubang dan berpasir.

6) Isu kelewatan tidak munasabah- Kompleks Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Institut Pengurusan Krisis dan Bencana Negara (IPKBN) bernilai RM 90.24 Juta.
Pembinaan dua fasa projek lewat disiapkan 353 dan 350 hari dari tarikh sepatutnya dan JKR lewat menyerahkan secara rasmi kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Pihak MKN juga terpaksa menanggung kos tambahan bagi kerja-kerja pembaikan kecacatan projek yang telah dibina dan hal ini telah merugikan pihak kerajaan kerana kos ini sepatutnya ditanggung oleh pihak kontraktor.

7) Isu kenaikan kos Projek Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) serta perbandingan kos pembinaan antara agensi. Kos projek mega ini bernilai RM2.9 Billion.
Projek yang dibina oleh JKR kurang memuaskan kerana ia tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang sepatutnya sehingga kerajaan terpaksa menambah peruntukan RM 800 Juta dalam usaha untuk menyiapkannya.
 
Akibat kenaikan harga bahan binaan serta kelewatan JKR menyiapkan projek, kos per kilometer dijangka akan meningkat kepada RM 17.68 Juta berbanding RM17.64 Juta oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

8)  Isu Pengurusan Projek Pembinaan Bangunan Sekolah Di Sarawak-
55 daripada 56 projek telah lewat disiapkan daripada tarikh asal iaitu antara 219-909 hari. Keadaan ini telah menyebabkan projek yang telah dirancang oleh Kementerian terganggu dalam memastikan semua sekolah di kawasan luar bandar menikmati kemudahan sama seperti sekolah di bandar.

No comments:

Post a Comment