Wednesday, January 15, 2014

PADAN MUKA !!!

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diserang tentera siber atau jentera maya Pakatan Rakyat (PR) berkaitan ‘kangkung’, satu perkara yang paling nyata ialah betapa berkesan dan ampuhnya mereka dalam melakukan kerja itu.

Menurut blogger Shahbudin Husin, serangan yang dilakukan bagaikan bertali arus dan tidak henti-henti sehingga masyarakat umum juga dapat merasakan bahawa Najib telah tidak bertindak bijak dengan mengambil kangkung sebagai contoh dalam ucapannya.

“Dalam masa yang sama, berikutan serangan bertubi-tubi dan bertali arus ini, Najib akhirnya telah menjadi bahan jenaka dan ketawa masyarakat,” tulis beliau di dalam blognya, semalam.

Lebih malang lagi, katanya di sebalik serangan yang dilakukan terhadap Najib ini, jentera maya Umno kelihatan langsung tidak berperanan dalam mempertahankan Perdana Menteri, seolah-olah sudah lumpuh dan tutup kedai.

Menurutnya lagi, sementera Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin kanan Umno berulang kali menyatakan kepentingan peranan media baru dalam tahun-tahun mendatang dan dalam pilihanraya 2018 nanti, tentera siber atau jentera maya Umno seolah-olah tidak wujud langsung dalam persaingan yang sedang berlaku ini.

Katanya, ketika Najib dikangkungkan adalah contoh terbaik bagaimana jentera maya Umno langsung tidak bermaya dan seolah-olah tidak wujud saja layaknya. - HD

No comments:

Post a Comment