Thursday, February 6, 2014

MENGAPA MELAYU TAK SEDAR-SEDAR ?


Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menyifatkan tindakan Datuk Seri Najib Razak yang terlalu mengikut telunjuk para penasihatnya dalam menentukan dasar negara akhirnya akan merugikan orang Melayu.

Berucap di Dewan Kismec pada majlis anjuran Umno Bahagian Merbok, dekat sini, Daim menganggap perbelanjaan besar dalam perkara yang bertujuan ‘mengambil hati’ masyarakat Cina adalah kerja sia-sia yang dilakukan oleh Perdana Menteri kerana orang Cina sama sekali tidak akan menyokong BN.

Daim turut mendakwa kononnya BN masih kuat sebagai pemerintah.

“Sepatutnya Melayulah yang perlu mendapat manfaat lebih di bawah pemerintahan BN,” ujarnya.

Mengenai kenaikan kos sara hidup yang membebankan rakyat, Daim mengakui bahawa kerajaan gagal untuk mengawalnya.

Beliau memetik beberapa punca berlakunya kenaikan, antaranya Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan tidak bijak menguruskan perbelanjaan negara, kenaikan gaji dan elaun kakitangan kerajaan serta pemborosan.

“Terlalu banyak wang dibelanjakan untuk perkara yang tidak patut dan tidak memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negara,” ujarnya.

Berhubung kenaikan harga tol, Daim berpendapat kerajaan sepatutnya mengkaji perjanjian lama dengan pemegang konsesi bukan menaikkan kadar tol dengan sewenang-wenangnya.
Daim juga meramalkan bahawa BN akan tewas sekiranya pilihan raya umum (PRU) diadakan ketika ini atau dalam keadaan rakyat gelisah dengan tekanan kos sara hidup yang meningkat.
Ia ditambah dengan sikap menteri yang tidak bijak membuat kenyataan dalam isu tersebut sehingga menambahkan kemarahan rakyat.

No comments:

Post a Comment