Wednesday, March 5, 2014

YE KE BEGITU ?

Jangan Nasi Jadi Bubur

SAKMONGKOL AK47

Mengenai sebab-sebab Langkah Kajang diambil saya sudah beri alasan teori di sebaliknya. Itu penghuraian rasional. Ada orang kata itu semua cerita Nenek Kebayan. Tapi kepada saya, jika sesuatu peristiwa itu tidak ada alasan teori , itu tidak bagus. Tidak ada teori ertinya tidak ada intisari yang boleh dijadikan model untuk peristiwa-peristiwa yang akan datang dan tidak mempunyai kuasa penerang. (explanatory power).
Tapi kalau tidak mahu penerangan rasional, kita ada alasan yang bukan rasional. Alasan di sebaliknya adalah langkah tersebut diperlukan untuk menguasai Selangor dan menjadikan Selangor sebilah pisau yang menghala ke jantung sarang segala perompak yang sekarang ini berkelana di Putrajaya. Itu alasan yang paling mudah. Oleh sebab itu, kita mesti menangkan Anwar Ibrahim. Simple. Jika Anwar menggunakan Selangor untuk jalan ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri (PM), apa salahnya. sesiapa pun boleh memasang cita-cita menjadi PM.
Anwar kan tidak bermoral? Morality UMNO bagaimana? Morality puak UMNO adalah morality limbahan. Limbahan belakang rumah tok perempuan saya di Pekan Pahang dahulu lebih banyak morality.
Munasabahkah kita beranggapan bahawa Anwar mahu menggunakan Selangor sebagai bargaining chip memasuki kembali kepangkuan Barisan Nasional dan jadi Timbalan Perdana Menteri? Kenapa seorang yang boleh jadi Perdana Menteri mahu kompromi dan jadi nombor dua di bawah pimpinan Najib pulak tu? Saya serahkan para pembaca mengadili teori yang sedemikian. Nampak sangat sesiapa yang mendepankan teori ini sudah dibayar Najib supaya memagari Najib.
Ada orang berfikiran bahawa Langkah Kajang ini suatu tindakan yang salah. 'Langkah' itu diambil kerana mahu get rid of Khalid Ibrahim. Jika Khalid Ibrahim suatu masalah, apa salahnya kita get rid of Khalid?  Jika Azmin suatu masalah, Azmin pun kena replaced.
We are not in the game on UMNO’s terms.
Tiba-tiba Khalid jadi UMNO’s angel.
Kita patut hairan dan risau apabila tiba-tiba kepada UMNO Khalid is an angel. Selama ini apa yang Khalid tidak kena maki? Dari gagap sehingga ada ramai gundek. Bermukah dengan Faekah dan Elizabeth Lim.
Fakta bahawa UMNO tiba-tiba mahukan Khalid terus kekal sudah cukup untuk menaikkan syak kita. Boleh jadi Khalid Trojan horse UMNO yang mahu menguasai Selangor semula?
Khalid dah mencapai banyak yang positif untuk Selangor, seperti rizab tunai yang banyak dan lain-lain. Semua ini yang tidak pernah releven untuk UMNO, tiba-tiba jadi sumber penghargaan. Jika itu sudah bagus, maka sudah mencukupi untuk menjadikan Selangor suatu showpiece kualiti kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan?
Pandangan yang demikian ada betul tapi tidak functional untuk politik. jika bagus in vacuo tapi tidak functional tidak berguna. Bagus atas nama bagus tapi tidak memfaedahkan reality tidak guna juga. Kita hendakkan pemimpin yang bagus dalam functional sense. Seperti Najib. Dia bagus atas kertas rancangan pakar runding. Dia bagus kepada rakyat Pekan yang sudah disintuk-limau. Tapi untuk Malaysia, Najib hampas. Dia tidak functional langsung.
Berpolitik bukan untuk dapat markah bagus tapi untuk serve a purpose. Objek politik ialah mendapat dan mengukuhkan kuasa. Kuasa untuk melakukan kebaikan boleh juga dilakukan untuk melakukan kejahatan. Bila sudah kalah dan hilang kuasa, pencapaian yang bagus si Khalid Ibrahim hanya jadi bualan nostalgik. Itu jam baru padan muka kita.
Jangan kita hilang punca dari sentiasa menganggap bahawa overriding objective kita ialah menjatuhkan serigala Barisan Nasional (BN) dan UMNO dari semua punca kewangan. Semua punca kewangan, wang terkumpul, dana, projek, harta benda dalam bahaya juga orang UMNO ada berhampiran. Jauhkan mereka dengan mengenyahkan mereka dari kuasa politik.
Dalam hubungan ini, saya sudah jawab Dr. Mahathir punya dakwaan bahawa semua orang dalam bahaya dengan Awwar Ibrahim ada berhampiran. Yang dalam bahaya ialah semua yang merompak dan menyamun dan menggadai harta benda rakyat.
Kita jangka UMNO akan guna segala tipu helah dan taktik yang paling kotor untuk mengalahkan Anwar. Anwar masih dianggap sebagai musuh nombor satu negara. Darjat musuhnya lebih tinggi dari penceroboh Sulu yang mendedahkan kelembapan dan kelemahan sistem pertahanan negara. Tapi itu cerita lain. Biarlah UMNO buat pantomime dan drama untuk melembutkan hati balu-balu perwira yang gugur. Hal itu tidak akan menyembunyikan kelemahan pertahanan negara kita. Sehinga kini tidak ada closure mengenai episod tersebut dan tidak ada white paper mengenainya. rasuah berleluasa. Para aktor utama dalam episod serangan beberapa orang yang kekurangan makanan dan hanya pakai kain dan selipar Jepun. menghalalkan pembelian barangan dan aset tentera tanpa tender. Pembekal dipilih ikut selera mereka yang berkuasa.
Orang-orang seperti ini yang akan takut bila Anwar naik. Sebab itu Dr. Mahathir kata tidak ada orang selamat jika Anwar naik. Perompak dan penyamun, perasuah, yang membantai perbendaharaan negara , mereka semua tidak akan selamat.
Yang rasa kurang senang dengan Langkah Kajang, bayangkan ini: apa jadi jika kesemua ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Parti Islam Semalaysia (PAS) yang seramai 15 orang bergabung dengan BN kerana dijanjikan jawatan MB? BN-PAS Selangor akan ada 27 kerusi DUN. PR tinggal 29.
Atau 7 dari PKR dan 7 PAS keluar parti masing-masing. Yang bukan PR akan ada 14 campur dengan12(BN) terdapat 26 yang bukan PR. Dalam kedua kes, BN hanya perlu membeli beberapa orang sahaja dari sama ada PAS atau PKR untuk mencukupkan bilangan untuk menunjukkan bahawa PR Selangor tidak ada majoriti dalam DUN Selangor.
That’s all it takes to singkirkan kerajaan PR Selangor.
Kenapa kita tidak menyekat perkara ini berlaku? Oh sebab kalau kita melakukan seperti Langkah Kajang, kita menodai amanah rakyat. kerana membazirkan wang rakyat. kerana Khalid kan bagus? Kita lupa ini semua standard arguments dari BN. mengenai yang akhir itu- kita sudah jawab di atas.  
Kenapa kita tidak melihat kenyataan di depan mata. Khalid mengalienasi ADUN-ADUN PKR dan PAS. Nak jumpa pun susah. Kami dalam kesesakan nak servis kawasan takde peluru.
BN hanya perlu mengenal pasti ADUN-ADUN PKR dan PAS yang sesak dan beli mereka. Kalau 5 lagi  berhijrah kerana dapat RM25juta seorang, kerajaan PR Selangor akan jatuh.
Katalah yang keluar dari PKR itu faksi yang diketuai sama ada oleh Khalid atau Azmin. Mereka tidak perlu masuk BN , hanya perlu tidak berada dalam PR. Dari PAS demikian juga. Sebab kalau keluar dan masuk BN, mungkin tuduhan sebagai pengkhianat terlalu berat. Hanya perlu tidak ada berada dalam PR.
Jika PR hanya tinggal 25 kerusi dan yang bukan PR sudah ada 31, ketika sidang dewan Undangan mahu bermula, Tuanku Selangor akan bertitah- Tan Sri, kerajaan Tan Sri nampaknya tidak ada jumlah majoiti. Silalah turun. Nyah kamu dari kerusi kamu.
Ketika itu, kerajaan PR akan merusuh dan berkeras mengatakan mereka tetap ada majoriti. Speaker Hannah Yeoh yang enggan turun akan diperlakukan sebagaimana Sivakumar di DUN Perak diperlakukan. Semua mereka memprotes akan bersidang di bawah pohon angsana di luar dewan. Dalam dewan, yang tinggal sudah memertabatkan MB baru.
Ketika itu mereka yang mengecam dan marah kepada Anwar kerana melakukan Langkah Kajang akan menyesal. Mereka akan kata. Bodoh Si Anwar dan lain-lain. Dah tahu perkara ini mungkin berlaku tidak mahu melakukan sesuatu.
Tatkala itu, nasi sudah jadi bubur. PR sudah terkubur di Selangor. Kerana apa? Kerana sensitivity dan sensibilities kita terguris. Kerana Anwar tidak mahu bertindak. Kerana kita yang marah kepada Anwar, menerima hasutan BN bahawa mengadakan PRK adalah membazirkan wang rakyat.
Perkara yang hendak diperjuangkan di Selangor ini bukannya idealisme politik seperti demokrasi dan sebagainya. Semua ini boleh dilaksanakan dan dijadikan kenyataan, jika kamu ada kuasa. Dan kuasa bergantung kepada kepandaian bermain politk. Kena kita faham, permainan politik melibatkan semua usaha untuk kekal berkuasa. Jadi, kalau kita mahu kekalkan kuasa di Selangor, mari kita bermain politik.
Jika kita mahu memelihara academic sensitivities kita, baik kita tinggal dalam alam academia. Al akadamiyah al ‘alamiyah.
Orang-orang yang sekarang ini cukup anti Anwar bertanding di Kajang akan merasa musibah jika mana-mana antara Azmin atau Khalid Ibrahim belot dan join BN. Atau orang PAS tiba-tiba join BN. masa itu baru putih mata dan menyesal tidak habis-habis mengatakan, kenapa Anwar tidak bertindak.
Kepada yang menyokong Khalid dan membenci Azmin, apa kamu hendak buat jika Khalid belot dan menyertai BN? Apa kamu hendak kata jika Azmin belot dan menyertai BN? pada hari tersebut, tentu kamu akan kata- jikalah Anwar berbuat sesuatu, perkara ini tidak akan berlaku dan tentu Selangor masih ada dalam tangan PR.
Inilah yang Anwar lakukan. Dia mesti ada dalam gelanggang, mengemudi kapal supaya Selangor jangan jatuh ke tangan perompak-perompak BN. kalau tak buat apa-apa, nasi akan jadi bubur.

No comments:

Post a Comment