Tuesday, April 8, 2014

RAKYAT BUAT TAK TAU SAJA KE ?

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan alasan kerajaan bahawa barangan seperti budu dan belacan tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dalam cuba memberi maksud ia 'tidak membebankan' orang miskin, sebagai menghina rakyat.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, alasan kerajaan itu bukan sahaja sebagai alasan simplistik untuk ianya diluluskan, tetapi lebih dari itu ia sebenarnya memberi maksud 'rakyat miskin boleh teruskan kehidupan dalam keadaan miskin mereka'.

"Inilah 'sumbangan' kerajaan kepada orang miskin supaya mereka hanya makan budu dan belacan letak limau nipis yang tidak dikenakan GST.

"Ibarat kata, orang miskin hanya makan budu dan belacan dan tak layak dapat benda-benda lain kerana pendapatan kamu tidak layak," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) GST selepas melalui dua hari perbahasan untuk bacaan kali kedua.

Pungundian lewat petang semalam menyaksikan 118 ahli parlimen BN menyokong RUU itu sementara 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menyatakan tidak bersetuju.

Keputusan itu disambut bantahan ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan berdiri sambil mempamerkan plakad bantah dan tolak GST.

Cukai GST ini dijadual dilaksanakan pada April tahun hadapan.

Beliau dalam pada itu turut melahirkan kekecewaan di atas kelulusan RUU itu yang didakwa sesuatu yang malang buat rakyat negara ini. - HD

2 comments:

  1. Kawan saya kata beliau dapat air percuma. Wah hebatnya... cuma bawa baldi saja dan tunggu lori bawa air percuma... terima kasih atas keperihatinan kerajaan selangor... dengar cerita penghuni yang kaya raya tidak mendapat air percuma ini, mereka kena bayar bulan-bulan... kesian ye.

    ReplyDelete
  2. Negeri selangor negeri yang permai.. indah dan bahagianya rakyat... rakyat tak perlu beli rumah setakst menyewa je... air melimpah ruah. Hentian bas Kajang begitu bersih dan amat dyahdu melihat kesungguhan pbt menjaga kebersihan. Amat cemerlang. Syabas.

    ReplyDelete