Monday, May 5, 2014

BEGITULAH KALAU CAKAP TAK GUNA AKAI !!!

Najib dikecam kata air percuma punca catuan

Dakwaan terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa pemberian air percuma di Selangor menyebabkan catuan air baru-baru ini ternyata tidak disenangi dan dikecam warga laman sosial.

Memetik Selangor Kini, kelmarin Najib dilaporkan berkata langkah populis kerajaan negeri untuk memberikan air percuma dan keengganannya menaikkan tarif air adalah punca kekurangan air di negeri ini.

Tinjauan Selangor Kini di laman media sosial Facebook mendapati rata-rata pembaca mengecam kenyataan selain ada yang menjadikan kenyataan Najib sebagai bahan lawak jenaka dan sindiran.

“Dekat Johor dan Negeri Sembilan tiada air percuma malah mahal pun kena catu, sudah pergilah ‘selfie’ di sana,” tulis Sariph Sariphuddin.

“Air dengan air percuma adalah perkara berbeza. Air percuma kerana ia adalah tanggungjawab pemerintah kepada rakyatnya bukan menekan rakyat dengan pelbagai cukai. Semua orang tahu catuan disebabkan kemarau dan air empangan berkurangan. Jangan buat kenyataan yang kurang cerdik,” luah seorang lagi pemilik akaun Facebook, Roshan Rashid.

Sementara itu, ramai juga yang membandingkan catuan baru-baru ini dengan catuan sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1998.

“Teringat pula tahun 1998, empat bulan juga kena catu sebab keadaan cuaca, jadi fikir-fikirkanlah ya masa tu siapa yang pegang,” kata Rossi Hail.

“Tahun 1998 Selangor catu air selama 150 hari kerana cuaca, 1998 bukan PR,” ulas Joe Faris pula.

Selepas kontroversi kangkung, ‘selfie’ bersama Presiden Amerika Syarikat, Obama , kenyataan terbaru Najib kali ini turut mengundang sindiran warga laman sosial.

“Aku hairan juga, banyak betul yang komen kutuk Najib, maknanya banyaklah rakyat tak suka tapi dia tak sedar ke rakyat tak suka dia atau dia buat tak tahu saja,” sindir Mohd Firdaus Abdullah di Facebook.

“Beri air percuma menyebabkan musim kemarau, jadi kerajaan berhasrat naikkan tarif air supaya tak kemarau lagi- Jibby,” sindir seorang lagi, Anwar Haldir Aswad.  -  HD

No comments:

Post a Comment