Sunday, May 18, 2014

IPP SELAMAT, RAKYAT DICEKIK

Elak kenaikan tarif: TNB perlu henti guna khidmat IPP

Rakyat di negara ini tidak perlu berdepan kenaikan tarif elektrik yang melampau jika Kerajaan Pusat menamatkan perjanjian yang memerlukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membeli elektrik dengan harga tinggi daripada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP).
Mantan Timbalan Presiden PKR, Senator Syed Husin Ali, berkata IPP memperoleh sekurang-kurangnya RM20 bilion subsidi daripada kerajaan dengan tujuan ‘melindungi’ dan ‘menyelamatkan’ syarikat itu.
Katanya, ekoran itu TNB ‘dipaksa’ membeli bekalan elektrik daripada syarikat berkenaan walaupun harga yang ditawarkan adalah tinggi dan membebankan rakyat.
“(Datuk Seri) Najib (Razak) kata dia tiada pilihan melainkan terpaksa naikkan tarif elektrik. Jika kerajaan hentikan TNB daripada beli mahal (elektrik) dengan IPP tentu harga tidak perlu naik.

“Memang ingin selamatkan IPP yang dapat subsidi RM20 bilion sebab kalau ikut perjanjian yang Tun Mahathir buat, TNB kena beli eletrik mahal daripada IPP. Rugilah. Rakyat beban!” kata Syed Husin di twitternya.
Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula secara sinis di twitternya menganggap keuntungan RM1.742 bilion pada suku ketiga tahun kewangan 2013 yang diperoleh TNB adalah satu’ kerugian’ buat Najib.
Katanya, disebabkan itu kerajaan BN tidak lagi mempunyai pilihan lain selain menaikkan tarif elektrik tanpa memikirkan kesengsaraan rakyat.
“Untung RM1.7 bilion itu bagi Najib rugi,” katanya.
Najib dalam satu majlis bersama kakitangan TNB baru-baru ini berkata kenaikan tarif elektrik pada awal tahun ini dilakukan supaya kerajaan tidak perlu mensubsidi operasi TNB dengan dana awam kemudiannya.
Katanya, kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana 85 peratus kos TNB terdiri daripada kos bahan api dan harganya semakin meningkat. - Selangor Kini

Sha

No comments:

Post a Comment