Thursday, May 8, 2014

OTAK CAP AYAM PUNYA HALKAH ?

PM tidak wajar politikkan krisis air

Perdana Menteri tidak wajar mempolitikkan krisis bekalan air di Lembah Klang dengan menyalahkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri sedangkan masalah bekalan air turut dialami negeri-negeri yang ditadbir BN khususnya Johor.
Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang,  Zolkifly Md. Lazim dakwaan Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa krisis bekalan air di Selangor berlaku kerana keengganan kerajaan negeri membenarkan pembinaan projek Langat 2 lebih bersifat politik daripada bersandarkan fakta.

Kerajaan Selangor telah menjelaskan bahawa kapasiti bekalan air bersih yang bakal dihasilkan Langat 2 tidak mampu menampung keperluan air negeri apatah lagi di waktu kemarau melampau.   

"Itu dalih politik Najib sahaja (untuk memburukkan kerajaan negeri)… kenapa pula Putrajaya menolak permohonan Kerajaan Pulau Pinang untuk membiayai projek pemindahan air mentah dari Sungai Kerian, Perak.
 

"Takkan kerana pentadbiran Ketua Menteri,  Lim Guan Eng baru-baru ini berjaya mendepani musim kemarau tanpa langkah catuan seperti di negeri-negeri lain, maka permohonan kerajaan negeri diabaikan,” soal Zolkifly.
 

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang itu juga menjelaskan rasional kerajaan negeri mengkaji semula tariff air yang mendapat kritikan beberapa pihak.
 

Menurutnya, tarif baru air yang diumumkan Perbadanan Pembangunan Air Pulau Pinang (PBAPP)  25 April lalu adalah berdasarkan syor Putrajaya.
 

“Dalam cadangan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), kerajaan negeri mencadangkan purata kenaikan tarif air pada semua kadar penggunaan sebanyak 20 peratus,” ujarnya.
 

Bagaimanapun jelas Zolkifly, walaupun berlaku kenaikan, kadar tarif air Pulau Pinang masih antara terendah di negara ini iaitu 31 sen untuk kegunaan 20,000 liter padu air pertama.
Malah katanya lagi, surcaj pemuliharaan air (WSC) serta impak kenaikan tarif yang dicadangkan hanya dirasai oleh penggunaan air berlebihan serta golongan pembazir sahaja.

 

"Putrajaya naik harga minyak atas dalih berlaku penyeludupan bahan bakar itu di sempadan tanah air serta membebankan semua pengguna.
 

"Manakala, cadangan kenaikan tarif air yang dicadangkan oleh kerajaan negeri seperti disyor Putrajaya hanya akan membebankan golongan pembazir sahaja," jelas Zolkifly.
Kali terakhir kenaikan tarif air untuk penggunaan domestik sehingga 40 meter padu sebulan di negeri ini dibuat pada 1993. - HD

No comments:

Post a Comment