Friday, August 15, 2014

ALAMAK !!! INI MACAM PUN BOLEH JADI KE ?

Jika ini sebabnya PAS tolak Wan Azizah, maka wajarlah PKR kemuka nama lain sebagai pilihan...


PAS secara jelas telah mengumumkan semalam mereka menolak Wan Azizah bukanlah kerana beliau seorang wanita.. tapi ada sebab lain..

Jadi secara asasnya yang boleh kita fahami ialah mereka boleh terima jika wanita diangkat sebagai pemimpin..

Jika scenario yang aku tulis dalam Facebook aku semalam dah mencetuskan perang saudara.. ini satu lagi scenario yang dijelaskan oleh Fathi Aris Omar melalui Twitter..
Senarionya begini: PAS kata istana tolak Azizah, maka ia juga tolak Azizah. Minta Anwar, PKR calonkan nama lain dari PKR sebagai MB. Mesejnya dibisikkan kepada Anwar, PKR.
Tapi PKR degil nakkan Azizah. Maka PKR pujuk dua wakil rakyat PAS sokong Azizah hari ini. Jika istana setuju Azizah, PAS tidak boleh buat apa. Azizah akan jadi MB.
Masalahnya, PAS kata istana sampaikan mesej - tolak Azizah. Maka, PAS gesa PKR calonkan nama baru selain Azizah. PAS juga setuju tolak Khalid, bersama Pakatan tapi tolak Azizah.
Tapi, PAS tidak boleh tinggalkan Khalid sewaktu tiada kesepakatan calon baru MB. Kerajaan akan tumbang..
Sama ada betul istana tolak Azizah, saya tidak pasti. Yang pasti, PAS tolak Azizah dan mahukan PKR cadangkan nama lain.

... Itu saja isunya! Jika ini adalah isunya.. kenapa PKR langsung tidak mahu berkrompomi?.. susah sangat ke nak kemukakan satu lagi nama sebagai alternatif?

Takkanlah dalam 9 ADUN Melayu (kalau tak silap aku) yang ada tu.. tak ada seorangpun yang layak selain Wan Azizah?

Kalau mereka-mereka itu tidak layak dinamakan sebagai Menteri Besar atau sebagai Pemimpin kenapa mereka dicalonkan sebagai ADUN?

PAS dikatakan tak mahu hilang Selangor hanya kerana seorang Khalid.. adakah PKR mahu kehilangan Selangor hanya kerana Wan Azizah tak dapat jadi MB?

Ada yang berkata ikut perlembagaan Sultan wajar menerima Wan Azizah sebagai MB kerana sudah mendapat sokongan majoriti.

Tapi jangan lupa Selangor itu milik Sultan, Dia nak buat apa pun ikut suka dia lah.. Kita ni ibarat mentimun.. menggolek kena.. digolek pun kena...

Ingat sejarah di Perak.. lihat juga sejarah di Terengganu dan juga Perlis..

Letakkan satu nama lagi sebagai alternatif supaya baginda punya pilihan selain Wan Azizah atau Kekalkan Khalid sebagai MB... ataupun bubar DUN..- ASD

Berikan Baginda ruang untuk memilih, bukannya memaksa Baginda menerima hanya Wan Azizah sebagai calon MB dari Pakatan Rakyat.

Itu saja! lagipun PAS bukannya tuntut Kerusi MB tu.. PAS hanya mahukan nama lain...

Berkompromilah.. wujudkan suasana menang-menang.. lagipun ular menyusur akar tak akan hilang bisanya..


... Aku nampak ada yang tak kena pada barisan yang menyokong Wan Azizah sebagai MB tu... cuba hangpa perhati betul-betul...

No comments:

Post a Comment