Thursday, August 14, 2014

APA-APAAN INI ?

'BN sokong Khalid Ibrahim lebih dari MB sendiri'

 

BN nampaknya memberikan sokongan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim melebihi sokongan yang pernah diterima MB dari parti itu sendiri, kata MP Shah Alam Khalid Samad.

Beliau mengeluarkan kenyataan sinis itu sewaktu mengulas sokongan "ikhlas dan tanpa syarat" dari Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Khalid Ibrahim.

"Perkataan ‘tanpa syarat’ menggambarkan satu tahap keyakinan yang tidak dialami atau diterima oleh Menteri Besar Umno/BN sendiri selama ini.

"Semestinya peribadi seperti YB Ahmad Said, mantan MB Terengganu, terpinga-pinga dengan sokongan sekukuh itu.

"Sudah pasti kata-kata ‘tanpa syarat’ berdesing-desing berulang kali di telinga beliau," tulis Khalid Samad dalam blognya yang merujuk kepada krisis menteri besar di Terengganu baru-baru ini.  - MK

No comments:

Post a Comment