Wednesday, August 13, 2014

BAGUS PUNYA WAYANG .....

MB pengerusi mesyuarat dengan 4 exco PAS saja

 

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini dengan kehadiran empat anggota Exco kerajaan negeri.
  
Semua maklumat terkini berhubung kemelut politik di Selangor akan diumumkan selepas mesyuarat Exco itu, kata Abdul Khalid yang tiba di situ pukul 9.20 pagi.
  
Empat anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS iaitu Dr Halimah Ali; Dr Ahmad Yunus Hairi; Iskandar Abdul Samad dan Sallehen Mukhyi turut dilihat memasuki bangunan SUK bagi menghadiri mesyuarat Exco itu.
  
Sementara itu, enam anggota Exco yang dipecatnya dilihat memasuki pejabat masing-masing tetapi tidak menyertai mesyuarat Exco.
  
Dua anggota Exco daripada DAP yang dipecat, Datuk Teng Chang Khim dan V Ganabatirau berkata mereka hadir ke pejabat untuk bekerja seperti biasa dan tidak akan menyertai mana-mana mesyuarat berkaitan Exco kerajaan negeri seperti yang diarahkan parti.

Mengulas sama ada kerajaan pakatan pembangkang masih wujud di Selangor, Teng berkata kerajaan negeri itu kini telah 'dirampas' seorang anggota dewan undangan negeri bebas.
  
Seorang lagi anggota Exco daripada DAP Ean Yong Hian Wah, yang memasuki pejabatnya pada pukul 11 pagi, berkata beliau tidak akan menyertai mesyuarat Exco dan mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan serta merta.
  
Katanya, Abdul Khalid perlu berbuat demikian kerana pada pilihan raya umum ke-13 lepas, kerajaan negeri Selangor dibentuk oleh pakatan pembangkang dan bukannya oleh Adun Bebas.
  
"Khalid perlu ingat mandat yang diberikan rakyat tahun lepas adalah untuk PR bukan untuk dirinya...saya mahu beliau meletakkan jawatan dan kembalikan kuasa kepada rakyat," katanya.
  
Ean berkata, penyertaan anggota Exco daripada PAS dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri itu diibarat sebagai tidak menghormati semangat kerjasama pakatan pembangkang yang diperjuang sebelum ini.

Seorang anggota Exco daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Elizabeth Wong Keat Ping yang juga dipecat menyeru semua anggota exco daripada PAS supaya tidak menghadiri mesyuarat berkenaan.
  
Beliau yang hadir ke bangunan SUK kira-kira pukul 10.35 pagi ini menyatakan hanya akan melakukan tugas seperti biasa dan enggan mengulas lanjut mengenai kemelut politik Selangor.
  
Semalam, Abdul Khalid memecat enam anggota Exco daripada DAP dan PKR kerana tidak menyokong pentadbirannya.
  
Abdul Khalid telah dipecat oleh PKR kerana enggan mematuhi arahan parti untuk meletak jawatan dan memberi laluan kepada presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya.
  
Bagaimanapun, beliau terus memegang jawatan Menteri Besar setelah mendapat perkenan Sulan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
  
-Bernama

6 comments:

  1. Semuanya dah bercelaru. Khalid terus nak pegang jawtan walau dengan apa cara sekalipun. Dia kekalkan exco PAS dan buang exco PKR dan DAP seramai 6 orang. Rodziah Ismail, satu lagi exco PKR dtangguh dulu, bila dia balik dari oversea. Rodziah tak oerlu tunggu, dia boleh smns kepada Khalid nyatakan pendirian dia tak mahu sokong Khalid. Itupun kalau dia berani dan setia kepada PKR.

    Saya nak tengok selama mana Khalid boleh tadbir Selangor hanya dengan 4 exco. Selangor negeri besar dan banyak isu yang mesti diselesaikan dan ditangani. Masalah rakyat mesti diberi perhatian. Dengan 4 exco saja boleh ke buat kerja. 10 exco dulupun dah kelam kabut, banyak masalah rakyat tidak diselesaikan.

    Exco PAS kata mereka akan keluar kalau Khalid lantik wakil UMNO sebagai exco. Eh kenapa nak lawan pula. UMNO dah tolong Khalid beri sokongan 12 kerusi sehingga Khalid yakin dan mengadap Sulktan mengakui dia ada sokongan majoriti (betul ke?). Sedangkan masa tu, sokongan dari PAS (15 kerusi belum pasti) kerana PAS belum buat keputusan sokong Khalid atau PR. Macam mana Khalid boleh jump the gun, bagi tahu Sultan PAS sokong dia sedangkan PAS akan mesyuarat pada 17 August. Bukan menipu namanya ni. Kalau saya Presiden PAS, saya terus pukul Khalid habis-habis. Siapa Khalid bagi tahu Sultan dia dapat sokongan 15 kerusi dari PAS, kecualilah PAS dan bagi message secara senyap kepadanya. Tapi PAS saya ras tak begitu... Jadi Khalid sedap cakap je kepada Sultan.

    Berbalik kepada amaran Excoi PAS tadi. Kalau Khalid tak lantik Exco dari UMNO, dari parti mana pula yang dia boleh lantik. Sekarang nia ada PAS dan UMNO saja. UMNO dah bagi sokongan jadi Khalid kena buatlah sesuatu untuk UMNO. Langkah pertama kenalah lantik wakil UMNO empat lima orang sebagai Exco. Itu namanya tolong menolong, kalau tidak nanti UMNO tarik balik sokongan kepada Khalid dia akan terpelanting. Khalid takkan mahu hilang jawatan. Takkan Khalid, bak jaga PAS saja dan lantik enam exco yang kosong tu dengan adun PAS sahaja.

    Bodohnya empat exco PAS ni buat kenyataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pulak bodoh. Itulah strategi nama nya. Ingat Pas senang-senang boleh percaya dengan UMNO.

      Delete
    2. Kalau tak percaya UMNo kenapa sanggup jadi exco bawah ketiak Mb tak berparti tapi disokong oleh UMNO? Done

      Delete
  2. TAHNIAH Akhirnya cita2 mereka yg inginkan PR jatuh di N.Selangor tercapai.

    Jika ini cara kepimpinan PAS memimpin. Bangsa Cina Dan India akan hilang kepercayaan pada parti ini. Mereka beri kepercayaan atas dasar2 parti PAS. Hakikatnya hari ini PAS sudah memusnahkan kepercayaan itu.

    Sejarah PAS bermula bersama UMNO, walaupun PAS keluar dari gabungan kesetiaan pada UMNO masih utuh dan kuat. Apa yang berlaku di N.Selangor, sewajar nya mereka harus berganding bahu bersama PR tapi ini tidak berlaku. Disini kita boleh melihat pengangan PAS di dalam politik. Antara kita suka atau tidak tapi kita haruslah berpengang pada janji dan kesetiaan. Harus ingat khalid bukanlah jaminan untuk Selangor maju. Tidak ada parti yg akan mengenakan tindakkan sekiranya ia boleh menjejaskan parti tersebut.

    Drama terbaik dari PAS.
    Jika jawatan tersebut kembali pada PR. 4 pelakon badut itu patut di hapuskan dari jawatan dan pru akan datang jika nama mereka tersenarai pasti pengundi PR tidak undi buat mereka. Pelakon2 ini ingat mereka hebat, hakikatnya mereka memang bodoh lagi dan dungu.

    Jika betul ada sifat setia kawan dalam pakatan kenapa harus menunggu 17 haribulan untuk bersidang.

    Ia seperti satu kisah Mak Andeh yang mana anaknya terkena air panas seluruh badan, terpaksa tunggu Pak Pandeh balik minggu hadapan untuk di bawa berjumpa doktor. Sama sistem dan pendirian PAS dengan kisah Pak Pandeh.

    Sejarah PAS berulang kembali dalam politik negara, Ia adalah sebuah parti politik yang tidak bertamadun. Walaupun dikalangan mereka paling ramai yang berpendidikan tinggi kalau ingin dibandingkan dengan UMNO.

    TAHNIAH BUAT PAS

    PAS BADUT umno KINI DAN SELAMANYA

    Tahniah...!

    ReplyDelete
  3. Tu bukan bodoh tapi bahlol namanya.
    Tu bukan strategi tapi bunuh diri.

    ReplyDelete
  4. Selagi president Pas tak ditukar
    Sepekatan tiada dlm PR.
    Tak ikut sifat kepimpinan yg patutnya
    Dlm Islam - contoh tak elok utk di contohi.
    Pas terlampau taksub pd dia ,
    Dulu kini dan selamanya

    ReplyDelete