Friday, September 26, 2014

BILA MELAYU MISKIN UMNO UNTUNG

UMNO hidup atas kemiskinan orang Melayu. Mereka gunakan kemiskinan Melayu untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya. Tidak kira sama ada pilihan raya itu pilihan raya kecil ataupun pilihan raya umum.

UMNO lagi beruntung kerana kawasan pilihan raya bermajoriti Melayu itu banyak. Mereka boleh menang besar kerana Melayu miskin sangat mudah digula-gulakan. UMNO boleh hulur sebanyak mana pun bantuan kerana mereka jadi kerajaan.  Melayu yang dimiskinkan akan sokong UMNO apabila dibantu.

Bolehkah situasi ini berubah atau diubah?  Jawabnya boleh. Bagaimana caranya?  Jawabnya kayakan Melayu di mana-mana pelosok Malaysia ni. Macam mana nak kayakan mereka? Mula-mula kayakan minda mereka. Melayu yang berpendidikan boleh cari makan sendiri tanpa mengharapkan bantuan lagi. Taraf hidup mereka akan meningkat. Seiring dengan peningkatan itu, pemikiran mereka juga semakin terbuka. Pemikiran Melayu yang terbuka sukar untuk diperkotak-katikkan. 

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete