Wednesday, September 24, 2014

INI NAMANYA MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR !!!

Selangor sedia RM10 juta untuk skim 'sewa dan milik'




Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan skim 'sewa dan milik' bertujuan untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar negeri, Iskandar Abdul Samad.

Di dalam skim itu, katanya rakyat boleh menyewa rumah kos rendah/rumah Selangorku (RM 42,000 sebuah) yang dimiliki oleh syarikat milik Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan boleh membeli rumah tersebut setelah tinggal di situ selepas satu tempoh yang ditetapkan.

Jelasnya, perjanjian sewaan mereka kemudian akan ditukar kepada perjanjian jual beli.

"Dengan skim ini rakyat berpendapatan rendah yang tidak layak untuk mendapat pinjaman bank boleh memiliki rumah," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, mereka boleh menyewa kemudian membeli apabila pendapatan mereka bertambah atau anak mereka telah bekerja.

Beliau memberitahu, anak syarikat LPHS iaitu Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) akan mengenalpasti rumah-rumah yang berpotensi untuk dibeli.

"Sejumlah RM10 juta telah diperuntukkan untuk pembelian tersebut," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS negeri. - HD

No comments:

Post a Comment