Friday, September 19, 2014

INILAH YANG RAKYAT MAHU .....

Belanja kebajikan bertambah tapi rizab meningkat RM3.35b



Rizab Negeri Selangor terus meningkat kepada lebih RM3.35 bilion walaupun perbelanjaan yang diperuntuk bagi pelbagai program kebajikan bertambah.

Antaranya ialah Pemberian Air Percuma, Tabung Anak Selangor (Tawas), Wang Hadiah Masuk Universiti, khairat kematian, Jom ‘Shoping’, pinjaman tanpa faedah untuk memulakan perniagaan bagi penduduk bandar dan desa, rawatan kesihatan percuma dan lain-lain.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, lebih 3.5 juta penduduk Selangor mendapat faedah daripada program berkenaan, lapor Selangor Kini.

“Sejak agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dilancarkan pada Jun 2008, Kerajaan Negeri membelanjakan lebih RM1.63 bilion untuk membiayai program kebajikan,” katanya pada Pesta Tanglung Peringkat Selangor 2014 di Chempaka Buddhist Lodge, Petaling Jaya, malam tadi.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad.

Mengenai sambutan Pesta Tanglung, beliau berkata kerajaan negeri bercadang ia dijadikan produk tarikan pelancongan sempena Tahun Melawat Selangor 2015.

Justeru itu, Khalid berharap masyarakat Cina di negeri itu memberi cadangan bagi menjayakan rancangan terbabit. -  HD 

2 comments:

  1. salam..

    alhamdulillah.syabas n tahniah...

    ReplyDelete
  2. Adam Adli Dipenjara - Bukti UMNO BENCI anak muda!!

    Tak perlu berdolak-dalik...

    Politik tetap politik. Kuasa bukan segala2nya.... Tetapi kenapa pemimpin UMNO perlu takut dengan bayang2???

    Adakah bila generasi tua UMNO mati, akan diganti dengan generasi datuk nenek UMNO???




    Kekejaman pemimpin UMNO yang dilakukan kepada anak muda bukti jelas mereka membenci dan menghina anak muda dan takut dengan bayang2 sendiri!!!



    Yang pasti, apabila pemimpin UMNO membuat sebarang hasutan dan kesalahan, mereka akan terlepas dan kalau didenda pun tidaklah setimpal...


    Sumber berita

    >>>> Klik Di Sini

    ReplyDelete