Sunday, September 21, 2014

RAWATAN MURAH

MESTI TAHU!! Petua Mencuci Buah Pinggan Dengan Kos Kurang Daripada RM2




Bertahun-tahun buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun-racun dan bahan-bahan lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dan lain-lain.

Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul dalam badan kita dan ini perlu dikeluarkan . Di sinilah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.

Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh diamalkan untuk mengeluarkan bahan-bahan garam serta bahan-bahan racun lain dari badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.
Caranya:

1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil-kecil
3. Masukkan daun-daun kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun-daun ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun-daun daripada airnya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari air rebusan ini
9. Jika diamalkan selalu, anda dapati garam dan racun-racun lain yang terkumpul dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.

Daun-daun parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang secara semula jadi!

Cubalah. Murahkan rawatan ini , cuma RM 1.00 atau kurang -  MS

No comments:

Post a Comment