Thursday, October 16, 2014

MELAYU DUDUK ATAS TANAH MILIK ORANG SEJAK 1950-AN ?

Melayu penduduk Kampung Mutiara ini diusir oleh Kerajaan Pulau Pinang atau Tuan Tanah?.. bacalah!



Sejak semalam isu mengenai Kampung Mutiara di Batu Feringgi, Pulau Pinang ini dijadikan modal untuk menyerang pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang oleh Facebooker dan juga Blogger Pro UMNO yang ramai bertapak di Pulau Pinang ini..

Kononnya menurut mereka 200 penduduk Kampung ini telah diusir keluar dari Kampung mereka untuk diberikan laluan untuk pembangunan.

Biarpun laporan berita dengan jelas menyatakan punca penduduk diarahkan mengosongkan perkampungan mereka, Facebooker dan Blogger Pro UMNO dengan bodohnya tetap menuduh angkara Kerajaan Negeri..

Baca laporan yang aku copy dari Pisau.Net ni..

PULAU PINANG 13 Okt. – Sebuah lagi perkampungan Melayu di negeri ini iaitu Kampung Mutiara, Batu Feringgi di sini bakal hilang dari peta apabila lebih 200 penduduknya diarahkan mengosongkan kediaman mereka masing – masing. 
Kampung berkenaan yang terletak berhampiran lokasi pelancongan popular di sini wujud sejak tahun 1950-an lagi dan menempatkan lebih 200 penduduk membabitkan 48 keluarga. 
Hari ini sebahagian besar penduduk kampung mengadakan demonstrasi dalam keadaan penuh emosi bagi menyuarakan nasib mereka yang diarahkan berpindah tanpa pampasan dan rumah ganti. 
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) , Ismadi Abu Bakar berkata, masalah mereka bermula pada tahun 2007 apabila tuan tanah yang berpengkalan di Selangor menyerahkan notis pengosongan kepada mereka. 
Menurutnya, keadaan bertambah sukar pada tahun 2012 apabila mereka diarah berpindah dan notis terakhir yang diserahkan ialah tiga bulan lalu. 
” Sehubungan itu, kami meminta pihak berkuasa campur tangan bagi membantu penduduk di sini yang tersepit. Majoritinya adalah penduduk asal di Batu Feringgi dan ke mana kami hendak berpindah selepas ini,” katanya. 
Terdahulu, Ismadi bersama kira-kira 100 penduduk mengadakan demonstrasi sambil mendesak supaya keadilan diberikan kepada mereka. 
Pelbagai sepanduk turut dibawa antaranya bertulis ‘ Jangan Halau Kami’, Kami Diusir Tanpa Pampasan’ dan ‘ Tuan Tanah Tidak Berperikemanusian’ malah ada yang tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata. 
Katanya, kawasan itu bukanlah perkampungan haram kerana diiktiraf kerajaan dan pernah mendapat anugerah Johan Kampung Terbaik di negeri ini dan mempersoalkan kenapa tidak digazetkan sebagai kampung warisan. 
” Arahan ini membabitkan 48 rumah penduduk yang terletak di lot A dan B dan kami tidak dimaklumkan, pembangunan apa yang mahu dilaksanakan di sini,” katanya. 
Seorang penduduk, Che Melor Othman, 48, berkata, dia berikrar untuk mempertahankan haknya sebagai penduduk kampung berkenaan dan menuntut supaya pemilik tanah lebih bertimbang rasa. 
” Bagaimana saya, suami serta empat anak mahu meneruskan kehidupan kerana kami dihalau tanpa dibayar walaupun satu sen. 
” Majoritinya kami menuntut supaya diberikan rumah di kawasan ini juga kerana kami anak jati dan hidup mati di sini,” katanya. 
Saudara kembarnya, Che Bunga Othman berkata, mereka mahu terus menetap di situ kerana terdapat masjid di kawasan berhampiran selain mewarisi tempat itu dari nenek moyang. 
” Jangan main- main dengan kami orang Melayu di sini kerana apabila keadaan mendesak seperti ini, kami bangkit mempertahankan hak masing- masing,” katanya. 
Aminah Said, 51, pula berkata, keluarganya terpaksa menanggung kerugian yang besar kerana rumah bakal musnah selain perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk menyewa atau membeli rumah baru di negeri ini yang sangat mahal. 
” Saya hanya suri rumah yang mempunyai tiga orang anak.Mana hendak cari duit untuk berpindah. Ini tempat kami,” katanya. 
Perhimpunan berkenaan yang berlangsung selama sejam dengan kawalan ketat pihak polis berakhir dengan bacaan doa.


Siapa yang mengusir?.. Tuan tanah atau Kerajaan Negeri? jelas dalam laporan tu mengatakan Tuan Tanah yang mengarahkan mereka keluar.. tapi macai masih nak spin juga..

Kalau benarlah mereka nak perjuangkan nasib bangsa Melayu di Pulau Pinang ni.. aku cadangkan perjuangkanlah nasib 5,000 penduduk dari 11 buah Kampung kalau tak silap aku.. yang tak tahu bagaimana masa depan mereka berikutan terjualnya tanah pengkalan TUDM kepada pemaju untuk dibangunkan..

Perjuangkanlah nasib mereka.. kenapa didiamkan?..  Aku sokong sangat kalau isu mengenai Kampung-kampung disekitar Pengkalan TUDM itu dibawa oleh Blogger UMNO..

Tapi malangnya bila perkara yang akan mencetuskan backfire kepada mereka.. mereka buat tak nampak saja..

Berikut pula adalah ulasan dari Faqar mengenai isu ini..

Isu Kampung Mutiara dekat Batu Feringghi, Pulau Pinang pun sebenarnya membabitkan tiga pihak.
Pertama, tuan tanah persendirian. Kedua, pemaju. Dan ketiga, penduduk asal di situ. Tuan tanah persendirian itu menang kes di peringkat Mahkamah Rayuan Putrajaya, sekaligus mengakibatkan pengusiran penduduk asal dari kampung tersebut.  
Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Hariszuan Jaharudin dalam reaksi spontan memberitahu bahawa Kerajaan Negeri secara pentadbiran telahpun menyediakan khidmat guaman untuk penduduk-penduduk asal berwajib demi menghadapi tuntutan tuan tanah persendirian tersebut hingga ke peringkat akhir mahkamah.  
"Penduduk asal di situ sebahagian menerima khidmat guaman daripada pemimpin Umno, dan sebahagian lagi menerima khidmat guaman daripada Kerajaan Negeri sendiri, selepas pertemuan dengan Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan) serta Timbalan Ketua Menteriu I (Datuk Mohd. Rashid Hasnon sebelum ini.  
"Dari segi undang-undang, Tuan Tanah Persendirian memang mempunyai hak ke atas tanah tersebut, tetapi, Kerajaan Negeri melalui PBT (MPPP) secara pentadbiran biasanya tidak akan meluluskan permohonan pelan perancangan pembangunan di atas tanah tersebut sehinggalah tuntutan penduduk asal di situ turut diambil kira," ujar Hariszuan, yang juga Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera semasa dihubungi pagi tadi.  
Penjelasan tersebut sekaligus mendedahkan perkara sebenar di sebalik percubaan pembangkang Umno Barisan Nasional negeri menggambarkan bahawa pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng kononnya mengusir komuniti Melayu daripada kampung setinggan berkenaan ~ FAQAR

No comments:

Post a Comment