Tuesday, October 21, 2014

ORANG DIA SENDIRI YANG KATA ......

MP BN bidas kajian pendapatan rakyat Sabah RM4,000 sebulan




Ahli Parlimen BN Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh menggesa satu Jawatankuasa Khas Parlimen diwujudkan bagi mengkaji semula status kemiskinan penduduk rakyat negeri Sabah.

Beliau ketika membahaskan Bajet 2015 menjelaskan statistik yang mengatakan rakyat Sabah mempunyai pendapatan isu rumah RM4 ribu sebulan wajar dikaji semula.

"Kita gesa wujud segera jawatankuasa ini bagi mengkaji semula kedudukan sebenar rakyat Sabah.

"Semua parti perlu terlibat dan kita perlu pergi rumah ke rumah bagi membuat kajian sebenar tentang apa yang Sabah alami terutama soal kemiskinan," ucap beliau di Dewan Rakyat.

Beliau turut mempertikaikan apabila pengiraan statistik kemiskinan diambil secara menyeluruh sebelum dikira secara purata.

"Pengiraan tidak boleh dilakukan sedemikian, kita perlu membuat kajian di bawah dengan bertemu penduduk.

"Bila kajian tidak dibuat betul-betul, kita tidak akan tahu taraf sebenar kemiskinan itu, mungkin pengiraan dibuat di semenanjung tetapi tidak Sabah, rakyat negeri itu masih miskin walaupun telah lama merdeka," sambung beliau lagi.

Janji p'raya

Ghafur turut menggesa agar Kerajaan BN dengar sendiri rintihan rakyat negeri itu dan tidak hanya bertemu mereka untuk janji-janji pilihan raya.

"Dulu masa pilihnraya umum kerajaan janji hendak bina rumah sebanyak 1 juta unit dengan kadar 250 ribu unit setahun.

"Tetapi sehingga sekarang tidak ada satu pun rumah dibuat, mana janji-janji sebelum ini," soalnya lagi.

Menurutnya, sewaktu penerangan dibuat beliau memang berpuas hati tetapi melihat kepada pelaksanaannya sekarang, beliau berasa kecewa.

"Saya sebelum ini pernah merasmikan pecah tanah untuk Rumah Generasi kedua Felda dan sekarang saya sendiri yang malu bila tiada rumah yang dibina setelah lama pilihan raya berlalu," katanya. - HD

No comments:

Post a Comment