Friday, October 24, 2014

TUNGGU DIRI SENDIRI YANG TERBELIT ?

Henti putar belit GST, naik petrol untungkan negara




Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional harus berhenti memutar belitkan isu bahawa kenaikan harga petrol dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan membawa lebih banyak keuntungan kepada rakyat.

Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar berkata, kerajaan tidak berani mengaku bahawa kenaikan harga petrol dan GST adalah bertujuan semata-mata untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan.

"Rakyat dimangsakan apabila beban ekonomi kerajaan dipindahkan kepada mereka," ujanya dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah. 

Tindakan Perdana Menteri menaikan harga pertrol sebanyak 20 sen adalah satu tindakan yang tidak rasional dan ditolak sama sekali oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk mereka yang mengundi Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke-13.

Kenaikan harga petrol sememangnya akan menjadi beban kepada rakyat terutamanya golongan sederhana dan miskin.

Kenaikan harga petrol akan memberi kesan rantaian kenaikan harga kepada harga barang-barang lain dalam pasaran.

Kenaikan harga barangan secara mutlak dalam tempoh yang singkat akan meningkatkan kadar inflasi dalam negara. Inflasi pasti akan menjadi satu gangguan ekonomi yang amat tidak selesa kepada rakyat.

Semasa perbahasan pindaan terhadap Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri, Yang Berhormat Bagan Serai Dr Noor Azmi mengatakan bahawa kenaikan harga petrol adalah sesuatu yang baik untuk negara.

Pemberian subsidi kerajaan untuk petrol harus dihapuskan dalam jangka panjang. Beliau telah membuat kenyataan ini tanpa mengambil kira kesan negatif yang terpaksa ditanggung oleh orang ramai. Beliau juga mengatakan bahawa cukai GST akan memberi kesan yang amat menguntungkan kepada negara.

Saya telah menegur Yang Berhormat Bagan Serai di Dewan yang mulia supaya memahami kesan ekonomi yang terpaksa ditangggung oleh rakyat akibat kenaikan harga petrol.

Saya telah menjelaskan kepada beliau bahawa kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen akan menyebabkan inflasi yang tidak terkawal.

Saya juga menegaskan bahawa GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2014 dikenakan terhadap barang-barang yang sudah pun mangalami kenaikan harga akibat pengurangan subsidi petrol.

GST terhadap barangan yang mengalami kenaikan harga akan memburukkan lagi status sosioekonomi rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Pendapatan boleh guna rakyat akan berkurangan akibat kenaikan harga dan pencukaian GST.  Gangguan dalam aliran pendapatan boleh guna isi rumah akan memberi kesan yang negatif terhadap keseluruhan ekonomi negara. Jika keadaan ini berterusan maka ekonomi negara akan mengalami kemelesetan.

Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional harus berhenti memutar belitkan isu bahawa kenaikan harga petrol dan cukai GST akan membawa lebih banyak keuntungan kepada rakyat.

Kerajaan tidak berani mengaku bahawa kenaikan harga petrol dan cukai GST ini adalah bertujuan semata-mata untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan. Rakyat dimangsakan apabila beban ekonomi kerajaan dipindahkan kepada mereka.

Tambahan pula, kerajaan cuba memutar belitkan dan mengelirukan rakyat dalam isu kenaikan harga petrol dan cukai GST. - HD

1 comment:

  1. Masalahnye YB ada Rakyat Malaysia yang masih BODOH,BANGANG,TOLOL,BAHALOL MENYOKONG PEMIMPIN2 CELAKA YG MEMERINTAH.YANG PAPA KEDANA PASTI RAKYAT MARHAEN MACAM AKU NI.YANG KAYA RAYA AKAN BELAH BILA NEGARA DAN RAKYAT PAPA KEDANA.YANG AKU KESAL RAMAI BANGSA MELAYU BANGSA AKU MASIH BANGANG MENYOKONG PARTI LAHANAT(UMNGOK).BILA ANAK ANAK YANG ADA SEKARANG MEMBESAR NANTI DAN MEREMPAT DINEGARA SENDIRI,BARU BAPAK BAPAK DAN MAK MAK YANG HIDUP SEKARANG NI BARU NAK MENYESAL TAK YAH LAH DAH TERLAMBAT

    ReplyDelete