Wednesday, November 5, 2014

ALAHAI! DIA SAJA BOLEH BUAT MALAYSIA MAJU

Kos hidup meningkat menjelang 2020 - Mahathir



Kos hidup rakyat akan meningkat lebih tinggi jika Malaysia terus memburu status sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Memetik laporan Bernama, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau khuatir jika negara hanya menekankan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi tetapi ketinggalan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

Beliau dipetik berkata, hanya memperoleh pendapatan tinggi tidak akan menjadikan Malaysia sebagai negara maju, tidak seperti kemampuan penyeldikan dan kemahiran boleh melakukannya.

"Pendapatan Malaysia hampir mencapai negara maju tetapi pengalaman dan kemahiran rakyatnya sama seperti mereka yang berada di negara membangun.

"Pada ketika ini, saya khuatir dan tidak begitu menaruh harapan bahawa menjelang 2020, Malaysia akan menjadi negara maju," katanya.

Mahathir juga turut memberi contoh Brunei yang mencapai status negara berpendapatan tinggi tetapi ia bukan negara maju.

Kata beliau, pendapatan tinggi dan produktiviti yang rendah hanya akan menjadikan kos sara hidup meningkat lebih tinggi. - HD

1 comment:

  1. ...


    (( Loceng Amaran!! ))- Selepas Penjarakan Anwar. UMNO Bersiap Sedia Untuk PENJARAKAN Azmin Dan Wan Azizah Pula!!!??

    Dakwaan BerNiat Jahat - Dakwa, Saman, Tangguh 90x. Peguam BODOH!!! ??

    Sumber Berita


    >> Klik Di Sini <<




    Agenda Jahat UMNO - UMNO Mahu Musnahkan Perpaduan PR Untuk Terus BKUASA!


    Generasi lama, generasi muda dan generasi baru perlu berhati2 dgn tektik UMNO sekarang yg menggunakan media mereka..

    Matlamat mereka hanya satu... Mahu kekal berkuasa...

    Oleh itu, mereka perlu memastikan Pakatan Rakyat berpecah agar rakyat sudah tidak percaya kpd Pakatan Rakyat lg.. ( Konon nya lah )

    Jadi di bawah adalah tektik mereka yg dianggap berkesan... ( Konon nya lah )

    1. UMNO akan cuba habis2an agar PAS keluar dr PR... Semua cerita mereka palsu belaka..

    2. UMNO akan menggunakan Anwar habis2an sbg liabiliti PKR... Sebenarnya mereka takut dgn kekuatan Anwar..

    3. UMNO yg sudah hilang pengundi Cina, akan melabel DAP mcm2... Jahat mereka tak sedar, nak kata DAP pulak jahat...


    Jadi, sy mohon sgt, jgn mudah percaya dan tertipu dgn permainan jahat mereka...

    Tolong ye :-)


    Sumber Berita


    >> Klik Di Sini <<

    ReplyDelete