Tuesday, November 25, 2014

MEMANG TERBAIKKKKKKKKKK ......

Selangor beri RM2.4 juta setahun untuk ADUN BN

Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukkan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.

Semasa membentangkan belanjawan 2015 hari ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukkan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.

Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun.

"Saya mencadangkan peruntukan ahli dewan negeri kerajaan ditingkatkan sebanyak RM100,000 menjadi RM700,000 setahun.

"Mulai 2015, peruntukkan ADUN akan turut dipanjangkan kepada ADUN Pembangkang dengan peruntukkan sejumlah RM200,000 setahun.

"Kerajaan negeri juga mencadangkan sejumlah RM100,000 setahun diperuntukkan kepada penyelaras parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri," kata Azmin.

Sebelum mengumumkan peruntukkan kepada wakil rakyat BN, Azmin sempat berseloroh untuk menarik balik peruntukkan itu ketika ADUN-ADUN Pembangkang mula mengetuk meja dan ketawa.

"Kalau tak nak, saya nak tarik balik," kata Azmin berseloroh.

Sementara itu, pada sidang medianya, Azmin berkata, peruntukkan kerajaan negeri kepada wakil rakyat BN itu pertama kali dilaksanakan di Selangor.

Bagaimanapun, katanya ia bukan pertama kali dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat memandangkan peruntukkan itu telah dilakukan di Pulau Pinang.

"Setiap ADUN BN akan dapat RM200,000 setahun iaitu bersamaan RM2.4 juta untuk BN," kata Azmin

Ketika ditanya adakah peruntukkan itu turut diberi kepada ADUN Pelabuhan Klang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (atas), Azmin hanya menjawab:

"Dia penyelaras DUN. Kita bagi. Sekarang kita pun ada penyelaras parlimen, kita juga bagi," katanya lagi.


No comments:

Post a Comment