Monday, November 24, 2014

PENAKUT JUGA DIA NI .......

Isu 1MDB: Ahmad Maslan mohon maaf

Post Pic
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memohon maaf kepada Dewan Rakyat berhubung isu surat jaminan kerajaan yang diberi kepada 1Malaysia Development Sdn Bhd untuk memperolehi pinjaman.
Susulan itu,  Speaker Parlimen Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul pembangkang untuk Ahmad dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen di atas tuduhan memberi fakta salah kepada Dewan.
 
Maslan berkata beliau tidak berhasrat memberi gambaran salah kepada Parlimen apabila menyatakan Putrajaya tidak pernah mengeluarkan sebarang dokumen sokongan berbentuk jaminan mutlak untuk membolehkan 1MDB memperolehi pinjaman.
 
Ahmad berkata apa yang dimaksudkan oleh beliau dalam jawapannya di Parlimen sebelum ini adalah kerajaan memberikan tidak ada sebarang jaminan tambahan berhubung pinjaman bon RM10.2 bilion oleh 1MDB. 
 
Ahmad menjelaskan beliau tertinggal enam perkataan dalam memberikan jawapan di Parlimen minggu lalu iaitu “tidak ada surat jaminan lain semua”
 
“Saya mohon maaf…terima kasih,” kata beliau semasa membahaskan usul pembangkang untuk merujuknya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
 
Pandikar berkata beliau berpuas hati bahawa Ahmad tidak berniat untuk memberi maklumat salah kepada Parlimen, justeru usul itu ditolak. 
 
Usul itu dicadangkan pembangkang selepas Ahmad mendakwa Putrajaya tidak mengeluarkan sebarang dokumen berbentuk jaminan untuk membolehkan 1MDB memperolehi pinjaman berbentuk bon RM10.2  bilion.
 
Ahmad memberitahu Parlimen bahawa Kementerian Kewangan hanya mengeluarkan dokumen untuk 1MDB memperolehi pinjaman hampir RM6 bilion yang dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.
 
Bagaimanapun beliau kemudian akur bahawa Kementerian Kewangan mengeluarkan surat sokongan kepada 1MDB untuk pinjaman berbentuk RM10.2 bilion.
 
Surat sokongan itu menyebut bahawa kerajaan akan mengambil tanggungjawab melunaskan pinjaman itu hanya jika penyusunan semula aset dan usaha lain 1MDB untuk berbuat demikian gagal.
 
1MDB mempunyai aset bernilai lebih RM51 bilion dan mempunyai ruang cukup selesa untuk melunaskan segala pinjamannya, kata Ahmad sebelum ini. -  Antara Pos

No comments:

Post a Comment