Monday, November 10, 2014

TERIMALAH HAKIKAT !!!

Jangan undang bala dalam isu lelaki berpakaian perempuan

Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyatakan rasa terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dengan alasan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mendiskriminasi golongan minoriti.

Beliau meyatakan demikian di hadapan kira-kira 100 orang peserta yang menghadiri Seminar Penulisan Berita dan Kenyataan Akhbar peringkat Wilayah Persekutuan di bangunan Kohilal, di sini petang tadi.

Tegas beliau lagi keputusan itu jelas bertentangan dengan batas syariat yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Sunnah seperti mana yang terkandung di dalam ajaran Islam.

Beliau memetik mafhum hadis Rasulullah s.a.w. yang  melaknat mereka yang menyerupai wanita dari kalangan lelaki dan juga sebaliknya.

Menurut beliau lagi, sekiranya maksiat dan mungkar itu berterusan, sudah pasti akan mengundang bala dari Allah SWT.

"Menjadi tanggungjawab umat untuk terus memperjuangkan undang-undang Islam di negara in
i supaya kita diselamatkan daripada bala Allah Taala," ujar beliau lagi. - HD

1 comment:

  1. Nuaq brahem orang yang paling paling gembira kemudian diikuti dibelakang gang gang LBGT seiring ngan depa gang liberal si kholid samad mujahid hanipa ni tak tau puak mana nak pas tak pas nak kata pkr bukan pkr lantak pi lah. Puak ustad hak ngaji tua tiga kitap ni rasa pueh hati kut ini kesan dari tak bersatu dok asyek nak bid'ah saja tak tau haq mana keutamaan jemaah ke berpuak puak bodo. Ini ALLAH saja nak bagi tau aje pah ni hampa sama sama tengok pula apa pula ALLAH nak turun bala. Masa tu tak kira hang hadis sahih keep tak ke semua pakat kena belaka nu macam kat Aceh tu.

    ReplyDelete