Thursday, November 13, 2014

TIPU LAGI ......

MP dedah 'surat sokongan' RM9.6bil untuk 1MDB

 

Dua anggota parlimen Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan “surat sokongan” kerajaan untuk menjamin hutang RM9.6 bilion 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ia didedahkan oleh Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara ) dan Rafizi Ramli (PKR-Pandan).

Minggu lepas, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan kewujudan surat itu.

Surat tiga halaman, yang ditandatangani oleh menteri kewangan, dikatakan sebahagian daripada “surat tawaran” Goldman Sachs International, yang mempertingkatkan bon untuk 1MDB.

Ia mempunyai tempoh sah 10 tahun dan jelas menyatakan bahawa Malaysia akan membayar balik wang yang dipinjam oleh 1MDB jika syarikat itu tidak mampu membayar.

Pua meminta kerajaan “menyenarai hitamkan” Goldman Sachs jika firma perbankan pelaburan multinasional Amerika itu “berbohong” berhubung kesahan surat sokongan itu.

Manakala Rafizi pula mendakwa Ahmad “menipu” Dewan Rakyat dan mahu merujuknya kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.

Kerajaan berulang kali berkata mereka hanya menjamin RM5.8 bilion daripada keseluruhan hutang 1MDB.

No comments:

Post a Comment