Wednesday, December 24, 2014

UMNO MENGEMIS UNDI BUKAN MELAYU ?

Najib Pasti Sakit Hati Dengan Artikel Blogger Tersohor Ini


Umno yang sedang mengemis undi dari bukan Melayu menjadi salah satu sebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terasing daripada partinya, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Beliau berkata Najib yang juga merupakan presiden Umno menggambarkan dirinya terdesak sokongan bukan Melayu, terutamanya dari Cina, menjadikan hubungannya dengan Melayu tergugat.

Bekas pengarang New Straits Times itu berkata walaupun dengan Najib memainkan watak perdana menteri bagi semua dan memikat masyarakat Cina dengan hadiah, beliau dan Barisan Nasional sebulat suara ditolak oleh masyarakat itu semasa pilihan raya umum tahun lepas.

"Namun segala strategi ke haluan ini belum menunjukkan hasil," tulis beliau dalam blognya, merujuk kepada prestasi buruk BN semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di mana Najib menyalahkan 'tsunami Cina'.

Dalam pilihan raya itu, BN dengan parti utamanya Umno, gagal mengekalkan majoriti dua pertiga yang diperlukannya untuk kali kedua.

Kerajaan memerintah itu mengalami prestasi paling teruk dalam PRU13, menang hanya 133 kerusi persekutuan, kurang tujuh berbanding pilihan raya 2008.

Ahad lepas, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran, mengatakan penguasaan Melayu ke atas politik lemah kerana tidak bersatu padu, kemudiannya mendesak mereka untuk mengemis undi dari bangsa lain untuk kekal berkuasa.

Beliau berkata orang Melayu yang merangkumi 60% rakyat sepatutnya dominan dalam politik. Namun kuasa itu kian lemah.

"Kini Umno, PKR, dan PAS perlu mengemis sokongan daripada DAP untuk memenangi pilihan raya umum. Apabila kita jadi pengemis, kita tidak punya kuasa lagi," katanya, menambah yang sekalipun negara mencapai status negara maju, Melayu masih ketinggalan.

Kenyataan perdana menteri paling lama berkhidmat itu ditentang oleh penganalisis politik serta ahli politik PR, termasuk ahli Parlimen DAP dari Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang mengatakan dominasi Melayu di dalam setiap sektor masyarakat Malaysia sebenarnya sedang memuncak sekarang.

Kadir berkata pada masa ini, Melayu tidak ke mana-mana, dan dengan parti asas-Melayu berpecah kepada tiga, mereka terpaksa merayu kepada Cina untuk kekal berkuasa.

"Terbiasa dengan sokongan bukan Melayu sekian lama, BN terdesak sekarang. Jika mereka berterusan hilang sokongan bukan Melayu dan golongan muda Melayu berterusan lebih ke arah PR, BN mungkin menjadi pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang," katanya menggunakan akronim untuk pembangkang Pakatan Rakyat.

Berbanding itu, Kadir berkata mengemis undi oleh parti dominan Melayu dalam PR, terutamanya PAS dan PKR, tidak terlalu ketara kerana tiada parti yang dominan dalam pakatan itu.

"Ia merupakan perkongsian sama rata. PKR, DAP dan PAS sama kuat," katanya.

Dalam mengatakan kepentingan kawalan politik yang penting kepada Melayu kerana mempunyai jumlah yang besar, iaitu 157 dari 222 ahli parlimen persekutuan merupakan Melayu-Bumiputera, Kadir bagaimanapun mengatakan tidak pasti sama ada mereka masih memainkan peranan yang efektif dalam menerajui perbahasan dan menetapkan agenda.

Dalam segi ekonomi pula, beliau berkata terdapat kebergantungan antara Melayu dan Cina, dan walaupun dengan usaha terbaik Dasar Ekonomi Negara dan tindakan afirmatif berturut-turut, Melayu masih ketinggalan daripada bukan Melayu.

Oleh itu, beliau mahukan Najib memastikan ekonomi Bumiputera diintegrasi seketatnya dalam ekonomi negara, memberi amaran yang ia resipi kegagalan sekiranya ekonomi Bumiputera terasing daripada ekonomi keseluruhan.

"Saya harap, di antara keperluan untuk menjejak dunia dan ucapan bersemangat, perdana menteri boleh kekal dalam negara dan lakukan apa yan perlu bagi rakyat dan negara ini. Tahun depan kelihatan gelap kini," tambahnya. ~malaysian insider

1 comment:

  1. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















    Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

    ReplyDelete