Thursday, September 10, 2015

PERHIMPUNAN UMNO MERAH ?

KUMPULAN SEMUT MERAH
-------------------------------------------------------
Kumpulan Bersih 4 telah berhimpun pada 29 dan 30 Ogos yang lalu. Tidak mendapat kebenaran polis. Lebih kurang 500,000 hadir. Berani buat berani tanggung. Dan Kumpulan ‘Baju Merah’ pula akan mengadakan perhimpunan ‘besar-besaran’ pada 16 September 2015 nanti. Dan difahamkan mereka juga tidak mendapat kebenaran pihak polis. Dan kononnya mereka juga akan meneruskan program yang telah sedia dirancang walaupun tidak ‘berketua’ dan tidak tahu siapa yang menjadi ketuanya. Yang dapat diketahui bahawa seorang Menteri dari Pahang telah menggalakkan ahli UMNO dari kawasannya supaya hadir pada perhimpunan berkenaan. Apakah beliau yang merupakan ketua dan perancangnya? Entahlah.
Inilah perbezaan yang jelas antara ‘Bersih’ dan ‘Baju Merah’. Kumpulan ‘Bersih’ dilihat agak tersusun dan bertanggungjawab tentang apa yang hendak dilakukan. Jelas matlamatnya. Mungkin dengan sebab itulah ramai yang hadir ‘menunjukkan muka’ diperhimpunan demikian dengan tidak sedikit pun memikirkan samada perhimpunan Bersih itu dianjurkan oleh Cina atau oleh Melayu atau oleh India. Tidak ada perasaan sedemikian. Yang penting matlamat dan tujuannya jelas. Sesuai dengan tuntutan keadaan semasa.

Hanya segelintir masyarakat di negara ini yang menuduh mengatakan bahawa Perhimpunan Bersih 4 adalah anjuran masyarakat Cina untuk ‘menghina’ masyarakat Melayu. Bagi aku satu fitnah yang amat serious. Mungkin jugalah ‘puak’ yang menuduh itu tidak hadir pada perhimpunan Bersih demikian dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana bersatunya rakyat Malaysia menentang kezaliman dan penyelewengan yang sedang berlaku di Malaysia kini. Ada ‘episode’ di perhimpunan berkenaan yang amat ‘menyentuh’ perasaan sesiapa yang melihat tentang keintiman ikatan bangsa Malaysia. Mengapa ada pihak yang memutarbelitkan hubungan kaum yang begitu murni itu? Apakah untungnya pihak yang cuba melaga-lagakan antara kaum itu sedangkan tidak wujud walau sedikit pun ketegangan antara kaum itu. Mengapa?

Apa macam ?

1 comment:

  1. kalau sesuatu perkara itu bertentang arus dengan umno.....pernah puak tidak berbohong..? pernah tidak menipu..? pernah puak umno tidak memutar belit sesuatu isu..? pernah puak umno tidak memfitnah..?.....MENYATAKAN YANG BENAR ITU MERUPAKAN SESUATU YANG HARAM BAGI PUAK UMNO .......!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete