Tuesday, September 20, 2016

BENARKAH ?

NANYANG SIANG PAU
Lapor pertemuan sulit pas-umno, dua parti Melayu, merancang persefahaman pru 14
Itu fakta nya dan telah di sahkan pemimpin dap (lihat ulasan LCT di bawah)
Apa yg saya hairan, Bgmn satu urusan sulit boleh di hidu sebuah media Mandarin? Pastinya maklumat sudah di bocorkan! Siapa bocorkan?
Mgkn kah TGHH atau Tantawi? Rasanya puak keris telanjang nak sabo pas :-)
Oleh itu, garis yang jelas diperlukan untuk penyusunan semula politik Malaysia demi membentuk pilihan baru bagi rakyat, termasuk ahli-ahli PAS yang mahu berjuang menentang UMNO dan yang tidak bekerjasama dengan UMNO. ~ Liew Chin Tong

Ulasan Liew Chin Tong:
Masa Untuk Garis Politik Yang Jelas
Ramai rakan-rakan, terutamanya mereka yang tidak membaca Akhbar Cina (Mandarin), telah bertanya kepada saya tentang berita eksklusif di muka depan Nanyang Siang Pau bertarikh 18 Sept.2016 berkaitan suatu pakatan yang bertajuk “Kerjasama UMNO-PAS untuk memenangi kuasa di Selangor, pakatan untuk tidak berlawan antara satu sama lain ". Keratan Skrin (Screenshot) tajuk berita kini diedar secara meluas diluar kelompok pembaca Mandarin (Cina).
Laporan tersebut memetik dari sumber yang tidak dinamakan, mencadangkan bahawa UMNO dan PAS telah menjalankan satu rundingan dengan satu perjanjian, dan kini hanya menunggu lampu hijau dari Presiden PAS Dato' Seri Hadi Awang. Menurutnya lagi, perjanjian itu akan melibatkan satu pakatan pilihan raya yang akan memastikan kedua-dua UMNO dan PAS tidak akan bertanding melawan antara satu sama lain, sebaliknya UMNO akan bertarung menentang Parti KeADILan Rakyat manakala PAS akan menghadapi Parti Amanah Negara.
Adalah suatu yang sukar untuk memastikan kesahihan laporan ini tetapi kemungkinan untuk ianya berlaku (kerjasama pilihanraya UMNO-PAS) tidak boleh dipandang ringan. Sememangnya, ia adalah lojik berdasarkan perkembangan berkaitan hubungan yang semakin erat antara UMNO dan PAS.
Kita seharusnya mengalu-alukan perkembangan ini kerana ia akan membuka satu garis yang jelas bagi penjajaran semula politik negara. Apa yang diperlukan sekarang ialah suatu garis yang jelas, yang mengukuhkan lagi kesatuan dikalangan orang-orang yang menentang Najib.
Dalam beberapa tahun yang lalu, semenjak pembubaran Pakatan Rakyat, ada suara-suara dalam gerakan penentang (anti) Najib yang mahu bekerjasama dengan PAS dengan harapan untuk mencapai prinsip "satu lawan satu" dalam pilihan raya umum yang akan datang. Jika laporan berita Nanyang ini boleh disandarkan, maka adalah jelas sekarang bahawa PAS tidak berminat sama sekali dengan prinsip itu.
Terdapat juga teori bahawa jika 4 peratus undi Melayu beralih (swing) arah, ia akan menumbangkan UMNO jika terdapat kerjasama dengan PAS. Walau bagaimanapun, dengan cadangan persempadanan pilihan raya yang baru ini, yang memberi kelebihan kepada UMNO, maka teori kerusi marginal ini kini diragui.
Saya masih berpendapat bahawa keadaan politik dan ekonomi akan menyediakan asas untuk berlakunya Gelombang Kaum Melayu. Tetapi ini hanya boleh dicapai apabila terdapat garis yang jelas dalam penjajaran semula politik negara.
Kita perlu membuat pilihan, diantara mereka yang mahu mengekalkan status quo, yang menyokong rejim rasuah Najib dan juga agenda politik perkauman UMNO-PAS, dengan orang-orang yang mahukan perubahan dan pembaharuan, iaitu Pakatan Harapan, kumpulan anti-Najib, bekas ahli UMNO seperti pemimpin-pemimpin Bersatu, dan majoriti rakyat Malaysia.
Penyusunan semula perlu bermula dengan orang-orang yang mahukan perubahan dan pembaharuan. Terdapat keperluan mendesak untuk mempunyai satu konsensus bagi menjelaskan garis pemisah ini kerana kepimpinan PAS hari ini hanya seperti cawangan tambahan bagi UMNO Najib.
Hubungan antara UMNO-PAS akan meletakkan puluhan ribu ahli PAS dalam keadaan serba salah bilamana ramai dikalangan mereka telah berjuang menentang UMNO dan Barisan Nasional selama berpuluh tahun dengan memakai jenama Islam yang inklusif, yang kini tidak lagi menjadi agenda utama kepimpinan semasa.

No comments:

Post a Comment