Tuesday, September 20, 2016

LIRIK LAGU MAKAN DIRI


Apa?? Lagu 'Anak Kecil Main Api' telah membuatkan UMNO rasa sebak????, Weiii korang tahu kan mengapa perwakilan rasa sebak? Meh sini aku beritahu...

Anak kecil main api = kira budak-budak politik dalam UMNO ler nie..

Terbakar hatinya yang sepi = silap berpolitik memakan diri

Air mata darah bercampur keringat = kesilapan yang tidak dapat diperbaiki lagi

Bumi dipijak milik orang = Bila pemimpin UMNO jual/gadai kekayaan negara hanya semata-mata untuk kroni masing-masing

Nenek moyang kaya-raya = Pejuang terdahulu mengumpulkan kekayaan

Tergadai seluruh harta benda = pemimpin UMNO tipu satu persatu, rezab Melayu yang menyusut, harta Melayu yang semakin kurang

Akibat sengketa di antara kita = Semuanya adalah akibat tamak untuk cepat kaya dengan fitnah dan tipu muslihat yang dijadikan senjata

Cinta lenyap di arus zaman = Hilang saudara yang ada adalah memperbanyakkan musuh

Indahnya bumi kita = Negara yang cantik dan penuh hasil bumi

Warisan berkurun lamanya = yang disimpan di dalam perut bumi

Hasil mengalir ke tangan yang lain = dirompak oleh UMNO untuk mengkayakan kroni mereka sendiri, singapura terlepas, pulau batu putih dirampas. Kekayaan Sabah dan Sarawak diangkut ke Semenanjung

Kita kan merintih sendiri = Pengikutnya merasa sedih sebab tak dapat habuan yang setimpal berbanding pemimpin mereka.

Jangan buang waktu lagi = Usah berlengah dan bertanguh lagi kerana segala bukti telah di depan mata

Majulah raih sebuah mimpi = Untuk berani melakukan perubahan di dalam landskap politik kerana UMNO adalah lanun yang bertopengkan bangsa sendiri

Hapuskan sengketa = Jangan menaruh syak dan menambah musuh

Teruskan usaha = Di sini penulis mahu yang telah sedar akan penipuan UMNO teruskan usaha untuk sedarkan saudara-saudara yang lain

Kita kan gagah di Nusantara = Kerana kita akan disegani dan dikagumi oleh seluruh dunia apabila musuh dalam selimut, iaitu UMNO yang direstui penjajah dilenyapkan

Kita kan gagah di Nusantara
Kita kan gagah di Nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Kesiannya UMNO lagu makan diri... tak sedar diri tu lanun.... hahahaha - Apek

No comments:

Post a Comment