EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Sunday, October 23, 2016

EMAS SIMBOL KEKAYAAN


EMAS MERUPAKAN KEKAYAAN SEBENAR MANUSIA

Sejak manusia mengenali emas, mereka menjadikan logam itu
sebagai simbol kepada empat (4) perkara; iaitu simbol kekayaan, simbol kekuasaan, simbol kejayaan, dan simbol kecantikan.

Tahukah anda sejarah emas sebagai simbol kekayaan?

Sistem perdagangan yang dijalankan bermula pada Zaman Neolitik ialah sistem barter (tukar barang). Sistem ini sangat sulit dan menyusahkan kerana orang ramai terpaksa membawa haiwan atau barang-barang untuk ditukarkan dengan benda-benda lain yang dikehendaki.

Empayar Lydia (kini Turki) telah memudahkan urusan berkaitan perdagangan itu. Raja Alyattes memperkenalkan syiling emas yang dipanggil The Lydian Lion (lihat gambar). Baginda menempa syiling emas yang beratnya 4.71 gram dan berukuran 13 x 10 x 4 mm. Inilah syiling emas pertama di dunia. Ternyata bahawa kewujudan syiling emas itu memudahkan urusan perdagangan dan menjadi mata wang utama pada masa itu.

Untuk pengetahuan anda, The Lydian Lion wujud sejak 2600 tahun yang lalu. Keadaan ini membuktikan bahawa emas telah diiktiraf sebagai simbol kekayaan pada masa itu.
Emas sebagai simbol kekayaan kekal hingga ke hari ini. Jika anda memiliki jumlah emas yang banyak pada masa sekarang, sudah pasti anda dipanggil ORANG KAYA !!!

MENGAPA ANDA TIDAK MAHU MENGUMPUL EMAS?

Mampirlah ke kedai kami: http://tinyurl.com/zflwd7y








1 comment: