EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Wednesday, October 11, 2017

HARGA EMAS SEMAKIN MENINGKAT




Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu takkan rugi. Kita buat tak endah pun sebab kita berjiwa muda. Kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.
Kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini. Perbezaan antara aset dan liabiliti akan saya buat pada posting yang lain, panjang lebar jugak penerangannya. Di sini saya sertakan graf kenaikan harga emas (spot gold) sejak 10 tahun yang lepas atau boleh rujuk di http://goldprice.org/spot-gold.html
Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan, bila terdesak nak pakai duit baru jual atau boleh dipajakkan. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.


Tuesday, October 10, 2017

EMAS OH EMAS !!!

EMAS IALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama Firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana: i. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya. ii. Emas tidak boleh dibinasakan. iii. Tahan lasak. iv. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya. v. Sukar diperoleh.
Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka dia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini, kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul. Emas sifatnya berbeza dengan benda lain. Logam ini tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun patah, penyek, calar dan bengkok. Pendek kata, emas tetap bernilai selagi namanya emas…


Saturday, October 7, 2017

DINAR KUWAIT

1. Dinar Kuwait (KWD)
1 KWD = RM13.94
Dan senarai nilai mata wang paling tinggi di dunia, diungguli oleh KWD, atau Dinar Kuwait yang merupakan mata wang bagi Kuwait. Mata wang negara yang kaya dengan minyak ini begitu kuat dan kukuh disebabkan ekonominya yang sangat stabil.
Kuwait menggunakan Dinar Iraq buat sementara waktu ketika Perang Gulf, dan kemudiannya menyandarkan Dinar Kuwait kepada USD.
Pada tahun 2007, Dinar Kuwait bebas daripada mana-mana pengaruh mata wang dan bermula tahun 2013, KWD ialah mata wang yang mempunyai nilai paling tinggi di dunia.
1 KWD bersamaan USD3.32 atau RM13.94.



Thursday, October 5, 2017

DINAR BAHRAIN

2. Dinar Bahrain (BHD)
1 BHD = RM11.12
BHD atau Dinar Bahrain ialah mata wang bagi negara Bahrain. Lokasi strategik Kerajaan Bahrain memberikan peluang kepada hubungan asing yang menguatkan lagi mata wang Bahrain. Pekerja asing paling banyak di Bahrain ialah orang India yang membuatkan kadar pertukaran Dinar Bahrain paling popular adalah kadar INR (Rupee India) kepada BHD.
Selain itu, negara ini menarik minat ramai pekerja asing dari serata dunia kerana nilai mata wang yang sangat tinggi. Ketika ini 1BHD bersamaan RM11.12.



Wednesday, October 4, 2017

RIYAL OMAN

3. Riyal Oman (OMR)
1 OMR = RM10.90
Oman ialah negara yang mempunyai nilai mata wang ke-3 paling tinggi di dunia, iaitu OMR atau Riyal Oman. Sebelum menggunakan OMR, Oman menggunakan mata wang INR atau Rupee India, sehingga 1940. Disebabkan ini, kadar pertukaran Riyal Oman ialah kadar dari INR kepada OMR.

Walaupun pasaran minyak mentah menjadi merosot akibat bekalan berlebihan oleh Oman, namun Riyal Oman masih tetap kukuh. Ketika ini, 1 OMR bersamaan USD2.60 atau RM10.90.



Tuesday, October 3, 2017

DINAR JORDAN

4. Dinar Jordan (JOD)
1 JOD = RM5.92
Berada di tangga ke-4 nilai mata wang paling tinggi ialah JOD atau Dinar Jordan. Kadar pertukaran Dinar Jordan paling popular ialah kadar JOD kepada EUR. Tebing Barat juga menggunakan Dinar Jordan, dan ketika ini 1 JOD bersamaan RM5.92.



Monday, October 2, 2017

POUND STERLING

5. Pound Sterling (GBP)
1 GBP = RM5.52
Pound sterling atau GBP ialah antara mata wang paling popular di dunia selepas USD. Kebiasaannya umum hanya mengetahui GBP sebagai mata wang bagi United Kingdom sahaja, namum GBP juga merupakan mata wang bagi Jersey, Guernsey, Isle of Man, South Georgia, Kepulauan Sandwich Selatan, Wilayah Antartik British dan Tristan da Cunha.
Pound sterling berada di tangga ke-5 mata wang paling bernilai, dan mata wang ke-4 paling banyak diniagakan di pasaran pertukaran asing. Kadar pertukaran paling popular bagi Pound Sterling ialah kadar EUR kepada GBP. Nilai 1 GBP kepada RM ketika ini ialah RM5.52.