EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Thursday, February 9, 2017

EMAS: ASET FIZIKAL MAMPU MILIK


Emas (dan perak) ialah aset fizikal mampu milik. Kalau tanah dan hartanah, kita perlukan modal yang besar untuk beli. Tanah tak boleh dibeli mengikut kaki per segi. Berbeza dengan emas, kita boleh beli dengan bajet serendah 1 gram, bahkan item 0.5 gram pun sudah ada sekarang. Ada duit lebih sahaja boleh terus beli dan kumpul sedikit demi sedikit. Bahkan golongan pelajar pun sudah boleh menyimpan emas.

Gold bar 1 gram Public Gold

Dengan adanya kaedah pembelian seperti Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) yang ditawarkan oleh Public Gold, kini setiap orang boleh membeli dan menyimpan emas dengan mudah dan murah.

Now, everyone can buy gold! InsyaAllah.


Wallahu a’lam.







Wednesday, February 8, 2017

DINAR EMAS

Emas : 917
Berat : 4.25 gram
Harga : RM205 x 4.25 = RM871.25
DISKAUN : RM71.25
GST : RM0.00
PREMIUM : RM0.00
POSTAGE : RM0.00
UPAH : RM0.00
ITU SEMUA KAMI TANGGUNG
BAYAR KAMI : RM800/KEPING
Boleh bayar ansur : RM80.00 x 10 bulan.
Habis bayar dapat barang.
Prosedur Pembelian:
Sila bank-in duit ke salah SATU akaun di bawah.
Maybank Hana Toyyibah Resources 5648 1050 9624
CIMB Harun Jaafar 760 308 7542
HSBC Harun Jaafar 027 001767 108
RHB Harun Jaafar 1 12457 6004394 0
SMS nama penuh, alamat lengkap, dan nombor handphone anda ke 019 323 4287 selepas duit dibank-inkan.
SELAMAT MENYIMPAN EMAS UNTUK MASA DEPAN



Tuesday, February 7, 2017

EMAS MENUTUP NAFSU BERBELANJA

Antara sebab kenapa pentingnya simpan emas ialah kekayaan kita akan bertahan lebih lama. Sejak mula-mula beli emas tahun 2010 dulu, saya tak pernah jual emas-emas saya. Saya beli dan ‘campakkan’ jer dalam safe deposit box. Saya tak kira berapa banyak emas yang saya dah beli kecuali ketika nak buat kiraan zakat simpanan emas setahun sekali.
Kenapa saya tak kira berapa banyak emas yang saya ada? Salah satu sebabnya, emas saya jadikan sebagai “simpanan untuk dilupakan”. Simpan dan lupa. Dari sudut kewangan, kita kena adakan “simpanan untuk dilupakan”. Kalau asyik ingat-ingat simpanan tu, simpanan tu tak bertahan lama. Nanti asyik rasa nak belanjakan jer duit simpanan tu.

Kesan psikologi berbeza bila simpan emas.


Dari sudut psikologi, bila simpan emas, kita rasa sayang nak jual dan nafsu berbelanja akan tertutup secara automatik! Naluri manusia sejak zaman berzaman memang suka kumpul emas sebab emas itu cantik. Berbeza dengan duit kertas. Seronoknya emas pada mengumpul dan menyimpannya, tapi seronoknya duit ialah pada membelanjakannya. Tak ada orang simpan emas yang fikir nak belanjakan emas mereka, tapi orang yang simpan duit mesti terfikir-fikir, di mana nak dibelanjakan duit itu! Jadi itulah sebab kenapa bila simpan emas, kekayaan kita lebih bertahan lama. InsyaAllah.




Monday, February 6, 2017

EMAS BOLEH DIJADIKAN MODAL PUSINGAN

Bila simpan duit di bank, sebenarnya duit kita dipusing oleh bank dengan bagi pinjaman kepada orang lain (atau kepada kita sendiri!) dengan caj keuntungan yang tinggi. Bank-bank ada target mereka sendiri. Mereka mesti pinjamankan duit tu untuk menjana keuntungan. Sebab itu bank pun ada “sales person” sendiri untuk ‘jual’ pinjaman-pinjaman mereka. Mereka mesti pusingkan duit yang kita simpan itu.
Berbeza dengan emas. Kita boleh pusing kekayaan kita sendiri. Kalau orang berniaga, emas tu boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk rolling, pajak sahaja emas itu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas tu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes). Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor. Kita tak berpeluang ‘curi’ duit bisnes seratus dua untuk berbelanja kegunaan peribadi (ingat, duit bisnes bukan duit peribadi) sebagaimana duit tunai. Jadi modal bisnes kita tu akan lebih selamat dalam bentuk emas.
Emas-emas yang dipakai oleh akak peniaga Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu) tu bukan sekadar perhiasan, tetapi itu ialah simpanan dan modal pusingan mereka.



Sunday, February 5, 2017

KEKAYAAN DI TANGAN KITA

Bila simpan emas, hakikatnya kekayaan tu ada ditangan kita sendiri. Apa pun berlaku di luar sana, selagi emas tu ada di tangan kita, pendek kata, kekayaan tu memang ada dengan kita sendiri sebab nilai emas terletak pada BERAT DAN KETULENAN emas tu sendiri. Berbeza dengan duit kertas. NILAI SEBENAR duit kertas bukan pada kertasnya, tapi  terletak pada jaminan kerajaan, kestabilan ekonomi dan politik negara.

Masih ingat tak duit syiling seringgit dulu? Bank Negara dah gazetkan, syiling itu tak lagi sah untuk digunakan sebagai duit hari ini. Adanya hanya sebagai sekeping logam yang tidak lagi bernilai. Siapa yang masih simpan duit seringgit lama tu, hari ni dah tak laku lagi dah.

Lagi satu peristiwa, masih ingat lagi tak Ringgit Malaysia pernah jatuh nilainya sebanyak 50% selepas krisis kewangan 1997? Sejak krisis itu, Ringgit Malaysia telahpun mengalami KEJATUHAN KEKAL sebanyak 30% berbanding US Dollar. Jadi, kalau simpan duit banyak-banyak, hakikatnya kita memiliki kekayaan secara ‘maya’. Wang fiat bukan duit yang sebenar, hinggakan Robert Kiyosaki dalam bukunya menggelarkan duit kertas sebagai “funny money”, sebab dikeluarkan tanpa dibackup dengan apa-apa aset fizikal. 

Dalam sejarah manusia, duit yang menyimpan nilai sebenar antaranya ialah emas dan perak.

Duit syiling seringgit ini dah tak laku untuk urusan jual beli hari ini.


SIMPANLAH EMAS …




Saturday, February 4, 2017

EMAS SENANG DITUKAR KEPADA TUNAI


Emas senang ditukar kepada tunai. Bagi saya, emas macam duit tunai juga cuma dalam bentuk berbeza. Emas ialah aset fizikal yang paling mudah dicairkan. Bila simpan emas, kita tak perlu risau kalau nak pakai duit. Emas itu boleh dijual pada bila-bila masa, dan di mana-mana sahaja. Kalau bawa emas itu ke luar negara sekalipun, tetap laku sebab logam itu namanya emas. IEmas ialah “international money” yang diterima sesiapa sahaja sejak zaman-berzaman. Kalau sayang nak jual emas tu, kita boleh pajak di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Lepas tu cari balik duit untuk tebus emas tu.


Emas ialah duit tunai dalam bentuk yang berbeza.





Friday, February 3, 2017

NILAI JANGKA PANJANG EMAS TERJAMIN

Zaman Nabi 1,400 tahun dulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh beli seekor kambing. Sekarang ini, harga 1 dinar sekitar RM670 – RM780. Secara relatifnya, 1 dinar masih mampu beli seekor kambing. Dinar berbeza dengan duit kertas (wang fiat).
Kalau 30 tahun dulu, budak-budak sekolah boleh bawa duit 50 sen sehari, cukup untuk mereka makan kenyang di sekolah. Tapi hari ni, 50 sen tu hanya mampu untuk beli segelas air sirap sahaja. Maksudnya hari ni, kebulur la anak-anak kalau kita masih berikan duit sekolah 50 sen sehari.
Jadi nampak tak kesan inflasi ke atas emas berbanding duit kertas? Hakikatnya, bukan harga barangan yang naik, tetapi kuasa beli duit kertas itu yang jatuh. Kita memerlukan lebih banyak duit untuk mendapatkan barang yang sama
Nisbah emas 1 dinar dengan kambing, secara relatifnya tak berubah sampai bila-bila. Nilainya terletak pada berat dan ketulenannya. Tapi di manakah nilai sebenar duit kertas?
Dari satu aspek lagi, emas ialah satu-satunya aset kewangan yang tak akan sekali-kali menjadi kosong! Aset ini tak ada tarikh luput, tak hangus dek api, bahkan dalam bentuk serbuk sekalipun emas tetap bernilai. Aset lain seperti tanah dan hartanah pun masih ada kebarangkalian menjadi kosong. Lihat sahaja apa jadi kepada kondominium Highland Tower? Apa jadi kepada tanah-tanah di negara yang bergolak? Tak ada siapa lagi yang mahu membelinya…
BELI EMAS SEKARANG ...