EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Tuesday, November 8, 2016

CERITA EMAS DI NEGARA ORANG

EMAS DI THAILAND

Thailand amat berbangga dengan penjualan emas 24K, dan terutamanya emas 23K yang dikeluarkannya.  Emas 23K di Malaysia, ketulenannya ialah 950 atau 95% kandungan emas. Ketulenan emas 23K yang dikeluarkan oleh Thailand ialah 965, iaitu 96.5% kandungan emasnya. Ini bermakna kandungan bukan emas di dalamnya hanya berjumlah 35% sahaja. Sememangnya emas 965 lebih baik daripada emas 950.

Walau bagaimanapun, hampir keseluruhan kedai emas di Phuket Island, terutamanya di Patong yang terletak di Thalang District; hanya menjual emas berketulenan 968. Ini bermakna kandungan bukan emas di dalamnya telah dikurangkan menjadi 32%.  

Jika anda meneliti senarai harga emas di Thailand (semasa artikel ini ditulis) anda akan mendapati harga emas 24K ialah 1,455.49 Bath/gram (kira-kira RM177.42/gram) dan harga emas 22K ialah 1,334.09 Bath/gram (kira-kira RM162.62/gram).  Tiada harga yang dinyatakan sama ada untuk emas 950 atau 968.  Inilah yang mendorong saya pergi ke kedai emas di sana.

Kedai yang pertama menjual emas 968 pada harga 1,423 Bath/gram (kira-kira RM173.46/gram). Kedai yang kedua menjualnya dengan harga 1,535 Bath/gram (kira-kira RM187.11/gram). Kedai yang ketiga menjualnya dengan harga 1567 Bath/gram (kira-kira RM191.01/gram).

Harga jualan emas 950 di Malaysia (ketika artikel ini ditulis ialah RM188.27/gram. Ini bermakna emas 968 di kedai emas pertama di Patong itu murah harganya. Penjualnya beriya-iya menyatakan bahawa harga emas di kedainya tidak dikenakan premium dan upah. Memang murah pun harganya.

Walaupun harga di kedai kedua itu RM187.11/gram, harga itu masih lagi murah jika dibandingkan dengan harga emas 950 di Malaysia berdasarkan ketulenannya. Namun harga di kedai ketiga sudah hampir sama dengan harga emas 999 di Malaysia, iaitu RM196.31/gram. Peniaganya hanya tersenyum apabila saya kata phaeng pai (very expensive).

Kesimpulannya, harga emas berketulenan tinggi lebih murah di Thailand kalau dijual tanpa premium dan upah.  Harganya masih sedikit murah walaupun dikenakan primuim dan upah. Namun demikian, berlaku juga pencatutan dalam jualan emas di Thailand. Di mana-mana pun ada insan yang ikhlas dan tamak.  Manipulasi harga pasti berlaku jika harga sesuatu barang itu tidak ditetapkan. Inilah akibatnya apabila harga emas 23K di Thailand tidak disenaraikan. Beli apa-apa pun kena berhati-hati. Pesanan saya, “Belilah emas daripada penjual yang tidak mengenakan premium, upah, dan postage jika anda melakukannya melalui online”.


>>>>>UNTUNG SEDIKIT TAK APA, ASALKAN PELANGGAN SUKA<<<<<




No comments:

Post a Comment