EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Saturday, December 24, 2016

LAGI MAKLUMAT TENTANG EMAS


EMAS KENA GST KE TAK ?

Ya, emas kena GST. Tapi cuma emas 916 sahaja yang kena, emas 999 tidak kena. Emas 916 ialah emas perhiasan manakala emas 999 ialah emas pelaburan. Semua produk emas atau perak yang berketulenan 99.5 dan ke atas dikecualikan daripada GST.

APA ITU LBMA?

LBMA ialah singkatan kepada London Bullion Market Association, sebuah badan antarabangsa yang berpangkalan di London yang memberi pengiktirafan kepada emas. Oleh sebab itu, sekiranya emas yang dikeluarkan oleh kilang yang mendapat pengiktirafan LBMA, produknya senang dijual beli di mana-mana negara tanpa curiga, sekatan atau birokrasi seperti emas yang dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery edaran Public gold. Walau bagaimanapun, emas tetap emas, semua orang terima, emas palsu je orang tak terima. Dan cuma kompeni-kompeni  yang ada kepentingan je memerlukan sijil dan pengiktirafan supaya produk mereka laku di seluruh dunia.

APA ITU SPREAD?

Spread ialah istilah bagi peratus buy back yang biasanya lebih rendah daripada harga asal. Emas terpakai apabila dijual balik atau digadai akan mengalami susut nilai RM dan berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain mengikut faktor yang mereka rasakan wajar. Walau bagaimanapun, emas tetap emas, tidak pernah susut nilai ketulenannya cuma pekedai, bank, dan pajak gadai sahaja yang merendah-rendahkan nilainya atas tujuan keuntungan.

APA ITU LOCK ?

Lock ialah istilah yang digunakan oleh pembeli dan peniaga emas online. Istilah lock tidak digunakan oleh peniaga dan pembeli emas offline kerana jual dan beli berlaku on the spot. Berbeza ketika online, tawar menawar jual beli berlaku dalam tempoh yang panjang disebabkan line slow, atau terganggu dengan kerja-kerja semasa. Oleh sebab harga emas berubah-ubah setiap masa,  pembeli akan menggunakan istilah lock sebagai tanda ingin membeli dengan harga pada waktu itu. Walau bagaimanapun, lock harga hanya bertahan selama 24jam, jika tiada bayaran dalam tempoh tersebut lock dikira terbatal dan bayaran hendaklah mengikut harga baru jika harga emas berubah.

MENGAPA HARGA EMAS BERBEZA ?

Ya, harga emas berbeza antara seorang penjual dengan penjual yang lain. Begitu juga emas yang dijual di kedai dan emas yang dijual di internet atau oleh orang perseorangan. Biasanya pekedai akan mengikut harga yang ditetapkan oleh persatuan peruncit emas dan harga mereka biasanya lebih mahal dari harga yang ditetapkan oleh Persatuan Emas Malaysia. Ada yang menjual dengan harga kawalan, tak payah ubah-ubah harga lagi, ada yang tak ambil upah, ada yang meletakkan harga per gram murah tapi upah mahal, ada yang tak kenakan GST, ada yang kenakan GST, dan sebagainya. Anda boleh pilih yang mana satu.  Yang penting jangan tertipu atau rasa tertipu selepas membeli.

APA ITU HARGA KAWALAN ?


Dalam dunia emas pun ada harga kawalan. Harga ini ditetapkan oleh persatuan emas atau persatuan peruncit emas ( Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia). Tujuan harga kawalan ini adalah sebagai tanda aras supaya penjual tidak sewenang-wenang menjual dengan harga yang lebih mahal. Sebenarnya kita nak jual 1gram pada harga RM 200 pun boleh je. Tak salah pun. Cuma pembeli  yang rasa macam tersalah beli padahal tak salah pun. Betullah itu emas dan dia telah membelinya.



No comments:

Post a Comment