EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Wednesday, May 10, 2017

JUMLAH EMAS DI DUNIA

BERAPA BANYAK EMAS YANG WUJUD DI DUNIA PADA HARI INI?


Jawapannya mungkin mengejutkan anda.  Oleh sebab emas secara praktikalnya tahan selama-lamanya dan tidak berkarat atau turun nilainya, dianggarkan kesemua emas yang pernah dikeluarkan dari dunia ini masih ada di luar sana di sesuatu tempat dan dalam sesuatu bentuk. Itu betul; semua emas yang pernah dikeluarkan masih wujud. Jadi itu bermaksud, syiling emas dalam tangan anda mungkin pernah dipegang oleh Firaun pada satu masa dahulu ataupun pernah menghiasi beberapa kuil Inca! Adalah dianggarkan ada sejumlah 161,000 tan emas yang wujud di dunia pada hari ini. Andai kata kesemuanya dileburkan dan dibentuk semula, emas itu akan membentuk kiub segi empat dengan saiz berukuran 18 meter, iaitu 3 meter pendek daripada kepanjangan satu gelanggang tenis. Atau untuk menyebutnya dalam cara lain, logam itu akan memenuhi 60 buah treler . Tidaklah begitu banyak, bukan? Pada harga $1,200 satu auns, nilainya adalah sekitar $6 trilion, yang hanya sekitar 1 peratus daripada kumpulan aset kewangan dunia.




No comments:

Post a Comment