EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Sunday, August 27, 2023

SELAMAT KEMBALI

 Sudah lama kita tidak berjumpa. Baru kali ini ada peluang untuk bersua. Bagi yang dah lama mengikut blog ini tentulah tertanya-tanya ke mana saya menghilang. Saya tidak menghilang. Cuma tiada masa untuk muncul di sini akibat kesibukan yang lain. Esok kita akan mula berbicara.


TQVM.

Friday, June 25, 2021



Tukar wang anda sekecil RM10 kepada emas pada bila-bila masa anda kehendaki.  Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Syarikat ini mendapat taraf "patuh syariah"daripada ISRA, sebuah organisasi penarafan yang dikawalselia oleh Bank Negara. 

Wang kertas atau dipanggil juga wang fiat sepanjang masa dan ketika turun nilainya disebabkan oleh inflasi. Kita boleh mengelak susut nilaiwang itu dengan menukarkannya kepada emas. Ini kerana emas kalis
inflasi. 

Quantum Metal menamakan akaun simpanan itu sebagai Gold Saving Account (GSA). Anda boleh tambah simpanan pada bila-bila masa tanpa had.  Keuntungan diperoleh apabila harga emas naik. Faktanya harga emas naik setiap tahun. Emas yang disimpan itu boleh digadai. Quantum Metal ada Gold Advance  Account (GAA).  Gadaian dapat 70%.  Hanya ada sedikit upah simpan tahunan.  Tak ada tempoh luput. Emas anda tidak akan
lesap begitu sahaja. Ini bermakna, anda boleh biar sahaja seberapa lama yang anda mahu, 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, dan seterusnya.Tebuslah apabila harga emas naik melebihi tanggungan. Anda akan dapat untung tanpa mengusik kuantiti emas anda. Quantum Metal juga ada Gold Leverage Account 1 X 10. Anda beli 1 unit GLA berharga USD250, Quantum tambah lagi 9 unit supaya jadi 10 unit.  Yang 9 unit tu tak payah bayar. Biarkan sahaja sehingga harga emas naik ke paras yang anda mahu. Jual dan anda mungkin untung 100%. Takkan tak mau .......

Satu lagi ialah GLA 1 X 5. Beli 1 unit yang berharga USD100, Quantum bagi lagi 4 unit supaya jadi 5 unit. Sama juga kaedahnya, tak patah bayar 4 unit tu. Peram sampai anda dapat untung 100%. Tidak ada mana-mana syarikat yang melaksanakan konsep ini di Malaysia.

Rugi sangat-sangat kalau tak cuba.

Nak register percuma Sila Klik.

GOLD BAR 24K (AU 999.9)  1 GRAM

Keluaran:  Public Gold

Lebar :  9 mm

Panjang :   15 mm

Tebal :  0.6 mm

GOLD CERTIFICATE

Ditandatangani oleh :  Assayer Bertauliah dari Nadir Metal Rafineri

Premium :  Kami saudah bayar untuk anda

Postage  :  Free

HARGA ASAL :  RM350.00/KEPING

HARGA TAWARAN KAMI :  RM290.00/KEPING


ANDA JIMAT :  RM60.00


PROSEDUR PEMBELIAN:


PAYPAL :  ruhan_77@yahoo.com.my  @  drsharun@ dasein.edu.my

MAYBANK :  Harun Jaafar  -  1580 8820 4504


Tulis nama penuh, alamat, dan nombor HP di ruang komen.


TUNGGU BARANG SAMPAI DI DEPAN PINTU RUMAH ANDA


DIJAMIN SELAMAT




 






Sunday, August 23, 2020

DXN CORDYCEPS COFFEE 3 IN 1

20 SACHETS

RM24.00 SAHAJA

SEJARAH CORDYCEPS

Penggunaan Cordyceps dalam perubatan China mula direkodkan dalam "Ben-Cao-Cong-Xin" (New Compilation of Materia Medica) oleh Wu-Yiluo semasa Dinasti Qing.

Orang China menggunakan Cordyceps sejak 3000 tahun lalu untuk merawat masalah paru-paru, hati, jantung dan penyakit buah pinggang, merawat barah, melegakan sakit, dan meningkatkan kesihatan dan panjang usia.

Cordyceps dijadikan ramuan herba utama dalam sejarah Maharaja China untuk menguatkan badan, mati pucuk, kelesuan akibat penyakit dan sakit badan.


UNTUK PEMBELIAN SILA LAWATI :

GEDUNG HANA TOYYIBAH DI SHOPEE


Friday, August 21, 2020

 DXN LINGZHI COFFEE 3 IN 1 (20 PEK) =  RM30.00 ONLY

7 Things You Should Know About Lingzhi

1. Lingzhi is said to enhance overall health by boosting immunity.

Lingzhi contains active compounds known as polysaccharides. These can have immune-boosting effects, such as increasing the activity of white blood cells.

2. In Chinese culture, Lingzhi is associated with long life.

In folk art, Lingzhi is often featured in images of God of Longevity. In the 16th century, Li Shizhen, a renowned herbalist, described Lingzhi as a herb that boosts longevity and has other anti-ageing effects.

3. Lingzhi may aid in cancer management.

Research has shown that beta-glucans, complex sugars found in Lingzhi, may stop growth and prevent the spread of cancer cells. In addition, a study indicated that combining the active components of Lingzhi and green tea may inhibit tumour growth.

4. Lingzhi is believed to help lower blood pressure and reduce allergies.

Lingzhi is filled with triterpenes, a compound that gives the mushroom its bitter taste. These triterpenes may help prevent hypertension and relieve the symptoms of allergies.

5. Lingzhi is said to influence the Heart, Lungs, Liver and Kidney channels.

In TCM, Lingzhi is used to tonify the Qi ,calm the mind and relieve cough and asthma.

6. If you are on immune-suppressing drugs, Lingzhi may not be for you.

Lingzhi may work against these drugs because of its potential stimulating effects on the immune system.

7. The spores of the Lingzhi mushroom are more potent than its body.

Compared with their fruiting body, Lingzhi spores are richer in nutrients and therapeutic properties. However, harvesting the spores is a delicate process as they are released only for 10 days when the mushroom ripens.

GO TO GEDUNG HANA TOYYIBAH AT SHOPEE

YOU CAN ORDER “DXN LINZHI COFFEE 3 IN 1 THERE !!!

 

Thursday, August 20, 2020

 

LINGZHI

Cendawan Reishi digunakan untuk:

·         Merangsang sistem imun.

·         Jangkitan virus seperti selesema (flu), selesema babi, dan selesema burung.

·         Keadaan paru-paru termasuk asma dan bronkitis.

·         Penyakit jantung dan keadaan yang menyumbang seperti tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.

·         Penyakit buah pinggang.

·         Kanser.

·         Penyakit hati.

Ia juga digunakan untuk:

·         HIV / AIDS.

·         Mabuk altitud.

·         Sindrom letih kronik (CFS).

·         Masalah tidur (insomnia).

·         Ulser perut.

·         Sakit herpes.

·         Mengurangkan tekanan dan mencegah keletihan.

·         Keracunan.

Digunakan dalam gabungan dengan herba lain, Cendawan Reishi ini juga digunakan untuk merawat kanser prostat.


ANDA BOLEH MEMBELINYA DI GEDUNG HANA TOYYIBAH DI SHOPEE.


SILALAH KE SANA !!!

Thursday, May 3, 2018

EMAS MAMPU MILIK ...

Jarang-jarang benar emas menjadi barang mampu milik. Pada harga kilang Emas 24K sekarang ini yang berada antara RM179.00/gram hingga RM183/gram, logam berharga itu sudah memasuki zon mampu milik. Dengan iltizam yang kuat, sesiapa pun boleh memilikinya, meskipun sekadar 0.5 gram.
Harus diingat bahawa naik turun harga emas itu tiada kaitan langsung dengan Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya atau Akta Antiberita Tidak Benar.
Situasi politik dan perdagangan dunia ketika ini membawa keuntungan kepada seluruh warganya. Perkara yang tidak diingini oleh Amerika Syarikat sudah pun berlaku. China berusaha keras mempertahankan nilai USD demi kelangsungannya sebagai gergasi perdagangan semesta.
Sebenci mana pun Trump terhadap China, Amerika tidak mampu menentukan kenaikan atau penurunan nilai USD.
Sehubungan itu, USD bukan lagi segagah dahulu. Nilainya semakin lemah. Kelemahan itu memberi tempias kepada harga emas. Inilah masa yang paling sesuai untuk mengumpul emas sebanyak-banyaknya. Kalau boleh, beli setiap hari ...
BELI SAHAJA ... JANGAN BANYAK SONGE ...

Friday, March 9, 2018

NASIHAT WARREN BUFFET



Siapa yang tak kenal dengan Warren Buffet kan? Ikon yang tersohor ini sangat berjaya dalam dunia pelaburan dan merupakan antara orang terkaya di dunia (ranking ke-2 tahun 2016). Kita beruntung kerana beliau selalu berkongsi kata-kata hikmah yang berupa mutiara daripada mulut beliau.

Sekiranya anda juga ingin berjaya dalam dunia pelaburan, maka mana yang baik tu ambil jadikan pedoman.

1) Dua Peraturan Dalam Pelaburan

“Peraturan #1: Jangan hilang wang (rugi). Peraturan #2: Jangan lupa peraturan #1.”

2) Pasaran Barangkali Meletakkan Harga Yang Salah

“Harga adalah apa yang anda bayar. Nilai adalah apa yang anda dapat.”

3) Pulangan Tinggi Dengan Risiko Rendah Adalah Kuncinya

“Risiko datang daripada tidak mengetahui apa yang anda lakukan.”

4) Bergaul Dengan Orang Yang Betul

“Kita adalah siapa kawan-kawan kita. Pilih kawan yang mempunyai perangai lebih baik, dan anda akan mengikut jejak langkah mereka.”

5) Lebih Mudah Untuk Merenung Masa Lampau Daripada Lihat Masa Hadapan

“Dalam dunia perniagaan, lebih jelas untuk melihat ke belakang daripada meramal masa depan.”

6) Beli Syarikat-Syarikat Hebat

“Lebih baik untuk beli syarikat hebat pada harga berpatutan, daripada syarikat berpatutan pada harga hebat.”

7) Imej Dan Reputasi

“Kita mengambil masa 20 tahun untuk menaikkan reputasi, dan hanya 5 minit untuk memusnahkannya. Jika anda berfikir sedemikian, anda akan melakukan perkara dengan cara yang berbeza.”

8) OK Untuk Bermimpi Besar

“Saya sentiasa tahu yang saya akan jadi kaya. Saya tidak pernah meraguinya walaupun seminit.”

9) Melabur Untuk Jangka Masa Panjang

“Beli sesuatu saham syarikat yang anda akan gembira untuk memegangnya, walaupun pasaran saham ditutup selama 10 tahun.”

10) Beli Seolah-Olah Anda Akan Memegangnya Sampai Bila-bila

“Tempoh pegangan saham syarikat yang paling kami gemari adalah untuk selama-lamanya.”

11) Tidak Buat Sesuatu Selalunya Perkara Yang Betul Untuk Dilakukan

“Kita hanya buat sesuatu bila dapat peluang. Ada tempoh masa dalam hidup saya di mana banyak idea datang, dan ada juga masa-masanya tiada langsung idea. Jika saya mendapat idea minggu depan, saya akan buat sesuatu. Jika tidak, saya tidak akan buat apa-apa pun.”

12) Melihat Kejujuran Pada Orang Lain

“Kejujuran ialah hadiah yang sangat bernilai. Jangan sangka boleh dapatkannya daripada orang yang ‘murah’.”

13) Hargai Dari Mana Anda Datang

“Anda dapat berteduh hari ini kerana seseorang telah menanam pokok suatu masa dahulu.”

14) Menyumbang Balik Kepada Masyarakat

“Jika anda antara 1% yang bernasib baik, anda berhutang untuk memikirkan nasib lagi 99%.”

15) Jangan Jadikan Pelaburan Itu Susah

“Ada sifat manusia yang ingin jadikan sesuatu yang mudah itu menjadi susah.”

16) Buat Ramalan Anda Sendiri

“Ramalan boleh menceritakan banyak perkara tentang peramal tersebut, tetapi tetap tidak menceritakan apa-apa mengenai masa hadapan.”

17) Berkata “Tidak” Lebih Baik

“Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang sangat berjaya adalah orang yang sangat berjaya berkata ‘tidak’ kepada hampir segala-galanya.”

18) Buat Apa Yang Anda Suka

“Dalam dunia perniagaan, orang yang sangat berjaya itu ialah mereka yang melakukan apa yang mereka suka.”

19) Tindakan vs. Hasil

“Tahu tak… kalau anda terus-menerus buat perkara yang sama, maka anda akan terus mendapat hasil yang sama.”

20) Hanya Melabur Dalam Syarikat Yang Anda Kenal Dan Percaya

“Seorang pelabur seharusnya bertindak seolah-olah beliau membuat keputusan sukar setiap kali ingin melabur.”

21) Urus Masa Lebih Bijak

Anda perlu mengawal masa, dan anda tidak boleh lakukannya melainkan anda berkata tidak. Jangan biarkan orang lain menetapkan agenda kehidupan anda.

22) Pelabur Hebat Tidak Mempelbagaikan Pelaburan

“Mempelbagaikan portfolio pelaburan adalah perlindungan kepada kebodohan sendiri. Ini tidak masuk akal sekiranya anda tahu apa yang anda lakukan.”

23) Rebut Peluang Hebat dan Buat Bersungguh-Sungguh

“Bukan selalu peluang tu datang. Bila hujan emas, tadah menggunakan baldi, dan bukannya cawan.”

24) Sejarah Tidak Menentukan Masa Hadapan

“Jika sejarah lampau merupakan segala-galanya untuk berjaya dalam dunia kewangan, orang yang terkaya sudah pasti menjadi pustakawan.”

Bonus & Yang Paling Penting Sekali:

25) Luangkan Masa Untuk Pandaikan Diri Sendiri

“Pelaburan paling penting adalah melabur kepada diri sendiri.”


Thursday, March 8, 2018

FAKTOR PENYEBAB HARGA EMAS BERUBAH


6 Sebab Perubahan Harga Pasaran Emas Semasa

Mengapa harga emas berubah setiap hari? Tahukah anda apa yang mempengaruhi harga emas? Secara jelas terdapat beberapa perkara yang mempengaruhi harga pasaran emas setiap hari.

Terdapat 6 perkara yang mempengaruhi harga pasaran emas dunia setiap hari.

Emas atau logam berharga merupakan salah satu bentuk pelaburan yang boleh dicairkan dan tidak mudah terjejas akibat inflasi, disebabkan ini emas menjadi salah satu alternatif untuk pelaburan, tetapi pernahkah anda terfikir mengapa harga pasaran emas berubah setiap hari? perubahan harga emas bukan sahaja pada emas bar tetapi juga memberi impak pada barang kemas.

Sebagai pelabur emas, anda  harus menjangka naik atau turun harga emas setiap hari. Sebenarnya naik atau turun harga emas setiap hari boleh dijangka melalui pemantauan beberapa faktor dan penyebabnya..

Yang menjadi persoalan setiap pelabur emas adalah, "Apakah faktor utama yang menyebabkan perubahan harga emas setiap hari?"

ENAM PERKARA YANG MEMPENGARUHI HARGA PASARAN EMAS SETIAP HARI.

1# NILAI TUKAR USD

Secara umumnya terdapat hubung kait antara nilai tukar mat wang dolar (USD) dengan harga emas pasaran.  Jika nilai tukaran mata wang dollar (USD) turun/lemah, harga emas akan naik begitu juga sebaliknya berlaku jika tukaran mata wang dollar (USD) naik maka harga emas akan turun.
Oleh yang demikian, pelabur logam emas disarankan untuk memantau nilai tukaran mata wang dollar (USD) untuk menjangka naik/turun harga emas. Dengan cara ini anda dapat mengelak dari perkara-perkara yang tidak diinginkan, misalnya jika terjadi kemelesetan ekonomi dunia, adalah lebih baik untuk menyimpan emas.

2# PENAWARAN DAN PERMINTAAN

Penawaran adalah kesanggupan pengeluar untuk mengeluarkan sesuatu barang pada tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Semakin tinggi tingkat harga, semakin banyak barang yang sanggup dikeluarkan oleh pengeluar. Ini dikenali sebagai ‘Hukum Penawaran’.

Permintaan boleh didefinisikan sebagai keinginan dan kesanggupan seseorang pengguna untuk mendapat sesuatu barang pada suatu tingkat harga dalam suatu jangka masa tertentu.

Kesanggupan pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang bergantung kepada tingkat harga barang tersebut. Jika harga barang mahal, pengguna sanggup membeli dengan kuantiti yang sedikit dan sebaliknya jika harga murah, pengguna sanggup membeli dengan kuantiti yang banyak. Ini dinamakan hukum permintaan.

Konsep ini juga digunakan dalam aktiviti jual beli emas.

3# PERMINTAAN BAHAN MENTAH EMAS YANG TINGGI OLEH INDUSTRI

Berdasarkan petikan daripada World Gold dan The London Bullion Market Association, 54% permintaan emas adalah dari industri perhiasan di dunia manakala Amerika Syarikat pula sebanyak 12% pada sektor peralatan kesihatan dan elektronik.

Jika jumlah permintaan bahan mentah oleh industri  terlalu tinggi, secara tidak langsung akan membuatkan harga emas naik disebabkan pemintaan yang tinggi dari indsutri.

4# MONOPOLI EMAS DUNIA

Contoh terbaik yang berlaku di Malaysia adalah gula, di mana pada waktu-waktu perayaan terdapat segelintir peniaga menyimpan stok gula yang banyak dengan alasan kehabisan stok. Disebabkan ini berlakunya penawaran gula yang rendah tetapi permintaan yang tinggi. Apabila ini terjadi, harga gula secara tidak langsung akan meningkat dan peniaga akan mula mengeluarkan stok gula yang lama dengan harga baru yang tinggi. Ini adalah teknik dan strategi yang diguna pakai sejak dahulu lagi.

Beberapa bank sentral dunia terbukti telah mengguna sistem monopoli dalam pembelian emas dengan membuat timbunan stok emas lebih awal. Antara bank sentral yang mengunakan kaedah seperti ni ialah The Federal Reserve System (Amerika Serikat), Bundesbank (Jerman), dan European Central Bank (ECB). Bank-bank ini mempunyai simpanan emas yang sangat banyak.

5# ISU GLOBAL: POLITIK, KRISIS, RESESI, ATAU PERANG

Isu global ialah benda yang sangat menarik untuk diperkatakan.  Apabila terjadi sesebuah isu seperti politik, krisis, resesi atau perang,  keadaan ekonomi menjadi huru-hara. Mengapa disebabkan isu global harga emas berubah? Emas seringkali dinilai sebagai penyelamat pada waktu kecemasan baik untuk individu mahupun sebuah negara. Sehingga saat ini apabila terjadi sesuatu krisis atau perang harga emas akan meningkat naik dengan mendadak.

6# INFLASI

Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit mata wang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.

Apabila inflasi terjadi, nilai mata wang akan turun dan jadi tidak berharga. Oleh sebab itu, masyarakat akan mencari medium lain yang lebih berharga untuk menggantikan nilai mata wang yang semakin turun. Oleh yang demikian, secara tidak langsung akan menyebabkan harga emas menjadi tinggi disebabkan penambahan permintaan terhadap emas.

Wednesday, March 7, 2018

SIMPAN EMAS NI UNTUNGNYA KAT MANA ?



Ada orang tanya saya soalan ini. Ok saya ringkaskan..

✔Keuntungan utama simpan emas adalah  mengelakkan kita kebocoran wang.

✔Emas menyebabkan kekayaan “melekat” pada kita. Kenapa?

Cuba andaikan jika kita ada duit ca$h RM1000.
❔Berapa lama duit ini akan "melekat" dalam dompet kita?
❔Berapa banyak kita fikirkan untuk disimpan?
❔Berapa banyak barang yang kita fikirkan nak beli?
❔Pasti ada rasa macam-macam nak beli - beli kasut, beli baju, beli handbag, beli makeup, beli hp baru, belanja keluarga, belanja awek, beli spot rim, beli jam, dan macam-macam lagi yang difikirkan..

KESIMPULANNYA..

- Bila ada duit ca$h, maka sangat SENANG kita nak habiskan..
- Dari kecil kita telah terbiasa berbelanja bila ada duit kannn?
- Pendek kata, asal dapat duit, ada sahaja cara nak habiskan atau terpaksa dihabiskan!
- Kita takde pun buat simpanan..

Maka, JALAN PENYELESAINYA...

✔kita TUKAR DUIT ca$h tadi kepada EMAS.
✔Sebab fitrah manusia dengan emas adalah nak SIMPAN.
✔apabila dah tukar kepada emas, maka keinginan kita untuk beli itu, beli ini dan beli macam-macam tu.. akan terbantut atau hilang terus!

Jadi, ilmu paling basic "kenapa nak simpan emas" adalah:

👍EMAS ialah UBAT kepada KEBOCORAN WANG
👍EMAS menyebabkan KEKAYAAN MELEKAT pada kita
👍Orang yang tahu ilmu emas nie, InsyaAllah kewangan dia adalah lebih baik. Simpanan akan bertambah.

Jangan percaya apa yang saya cakap. Cuba buat experimen ini pada diri sendiri.
Jom tukar duit ca$h RM1000 kepada emas 5g.
Lepas tu letak dalam dompet. Kita tengok berapa lama ianya "melekat" dalam dompet kita :-)

Agak-agak hujung tahun ni, emas 5g ni ada lagi tak?

Sumber:  Aida Akma

Saturday, February 24, 2018

QUINOA (KEEN-WAH)


Tiba-tiba quinoa, makanan yang jarang didengar rakyat kebanyakan di Malaysia, menjadi sohor di Internet dalam tempoh 24 jam terakhir.

Semuanya berlaku selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan diet sihatnya yang menggantikan nasi dengan produk yang seakan-akan bijirin itu.

Quinoa kini tersohor di Google Trends. Tapi apa sebenarnya Quinoa?

Walaupun digunakan seperti bijirin tulen seperti beras dan gandum, quinoa sebenarnya bijian yang tergolong dalam keluarga bayam.

Quinoa mula ditanam di wilayah Andean di Amerika Selatan lama dahulu, kira-kira 3,000 hingga 4,000 tahun melibatkan kawasan antara Peru dan Bolivia.

Sehingga ke hari ini kawasan itu menjadi sumber utama untuk bekalan dunia.
Bolivia ialah negara pembekal utama Quinoa diikuti Peru dan Ecuador.

Quinoa ditanam di “altiplano”, iaitu kawasan tanah tinggi yang rata dan sejuk dan tidak banyak tumbuhan hidup di situ.

Oleh sebab penanamannya masih menggunakan cara lama sejak ribuan tahun, quinoa dianggap sebagai bijian purba.
Najib berkata beliau menggantikan quinoa dengan nasi atas faktor kesihatan.

Belum terdapat kajian kukuh yang membuktikan quinoa lebih sihat berbanding beras, terutamanya beras perang, yang mempunyai nilai nutrisi seperti bijirin-bijirin lain.

Quinoa boleh menjadi alternatif mudah menggantikan nasi dalam resipi masakan.

Walau bagaimanapun, dengan kandungan protein yang tinggi, bijian ini amat sesuai menjadi sajian golongan vegetarian dan vegan.

Quinoa juga menjadi sumber magnesium, manganese dan beberapa mineral serta vitamin, selain bebas gluten secara semula jadi dan tinggi kandungan serat.

Harga mencanak

Quinoa sering dipanggil “bijirin agung Andes” oleh peribumi Amerika Selatan dan pengkaji susulan kandungan nutrisi yang tinggi.

Disebabkan faedah kesihatannya yang diuar-uarkan itu, bijirin itu kini sangat popular sebagai pengganti nasi dan dipromosikan sebagai makanan sihat.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan 2013 sebagai “Tahun Quinoa Antarabangsa” dengan Pertubuhan Pertanian dan Makanan PBB (FAO) menjadi sekretariat kempen itu.

Menurut FAO, usaha itu diumumkan bagi menghargai orang asal Andes yang “mempertahankan, mengawal dan menjaga quinoa sebagai makanan untuk generasi sedia ada dan akan datang”.

PBB juga berterima kasih kepada tradisi pengetahuan dan amalan masyarakat itu dengan hidup secara harmoni dengan alamnya.

Lebih dari itu, Ketua Penagrah FAO Jose Graziono da Silva menggelar quinoa sebagai “sekutu dalam perjuangan melawan kelaparan dan kekurangan makanan”.

Bagaimanapun, populariti quinoa sebagai makanan sihat menyebabkan harganya mencanak tiga kali ganda antara 2006 hingga 2013.

Inilah yang menjadi asas kritikan Anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng kepada Najib yang didakwanya tidak memahami keperitan hidup rakyat biasa.

Bayangkan paket kecil quinoa Love Earth Organic Quinoa seberat 250-gram berharga RM14.79 atau bersamaan RM591.60 untuk 10 kilogram.

Beras seperti Jasmine Super Special (5 peratus beras hancur) yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia pula berharga RM25.85 untuk berat yang sama.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – kawan yang menjadi lawan Najib – juga turut memperolokkan Najib dengan berkata beliau hanya makan nasi dari beras tempatan.

Kesan negatif

Dalam skala global, kenaikan harga quino memberi kesan buruk kepada masyarakat peribumi Peru dan Bolivia yang menjadikannya makanan ruji.

Sekitar tahun 2011 hingga 2013, laporan berita mendakwa permintaan dari negara-negara barat telah menekan harganya, sekali gus menyebabkan orang miskin di kedua-dua negara itu tidak lagi mampu membelinya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Bolivia Nemecia Achacollo dilaporkan berkata hanya 10 peratus quinoa ditanam di Bolivia beredar dalam negara itu sementara 90 peratus lagi dieksport.

Perkara itu dilapor mendorong ramai menggantikan quinoa dengan nasi dan mi.

Bagaimanapun, agensi berita antarabangsa Associated Press pada 2011 melaporkan ramai kanak-kanak negara itu menunjukkan tanda-tanda kekurangan zat.

New York Times pula pada tahun sama melaporkan semakin hari semakin ramai rakyat Bolivia tidak mampu membeli quinoa selepas kenaikan harga makanan itu.


Bagaimanapun, satu analisis yang disiarkan Andean Information Network mendakwa petani-petani quinoa menikmati kestabilan ekonomi susulan harganya yang tinggi.

Tuesday, February 20, 2018

NAK BELI EMAS 24K ?

Anda sudah diberikan maklumat mengenai kenaikan, penurunan, dan ketidakberubahan harga emas dunia untuk beberapa minggu yang lalu.
Saya pasti anda mendapat gambaran yang sahih tentang letak duduknya logam bernilai itu.
Pastinya anda tidak begitu arif apabila melihat fakta yang dikemukakan dengan realiti harga pasaran emas di negara kita.
Anda tahu harganya turun, naik, dan tidak berubah untuk beberapa ketika, tetapi anda keliru apabila melihat harga pasaran yang dipaparkan di Kedai Emas Wah Chan misalnya.
Sudah berbulan-bulan harga pasaran untuk emas 22K berada pada paras RM205/gram dan harga emas 24K berada pada paras RM215/gram.
Saya sudah memberitahu anda tentang harga kilang emas 24K yang berubah-ubah dari RM189/gram turun sehingga RM182/gram.
Mengapa harga pasarannya seolah-olah sudah tetap walaupun harga kilangnya berubah-ubah?
Anda perlu tahu bahawa harga emas di negara kita dikawal oleh Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM). Pertubuhan inilah yang menetapkan harga jualan emas di Malaysia bagi memastikan julat keuntungan yang lumayan kepada pedagang dan penjual emas.
Biar apa-apa pun yang berlaku, saya, anda, dan sesiapa sahaja boleh dan tiada masalah untuk membeli emas pada harga kilang itu, waima harganya turun sampai RM179/gram sekalipun.
Pada harga pasaran sekarang, anda hanya perlu mengumpul emas 24K sebanyak 2350 gram untuk menjadi setengah JUTAWAN. RM215 x 2350 gram = RM505,250.00 !
Banyak tu, tetapi tak mustahil ...

DENGAN KAEDAH YANG TELAH SAYA BERIKAN SEBELUM INI, SEMUANYA BOLEH JADI REALITI. INSYA-ALLAH !!!
Persoalannya sekarang, bagaimana nak kumpul emas 24K pada harga kilang tu?
Senang sahaja. Saya sudah susunkan sebuah ebook tentang Gold Accumulation Program yang dianjurkan oleh Public Gold. Free sahaja nak buka akaun. Boleh beli seberapa banyak emas 24K yang anda mahu pada harga kilang setiap hari.
Saya nak bagi free ebook itu. Beritahu saya anda NAK pada ruangan komen. Saya akan emelkan ebook itu kepada anda.


Wednesday, February 14, 2018

EMAS 835


- Mempunyai kandungan 83.5% emas
- Mempunyai 16.5% campuran kandungan lain iaitu besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
- Amat popular dalam kalangan peminat emas di Kelantan.

Wednesday, February 7, 2018

HARGA EMAS

Harga emas hari ini RM167.13/gm turun sebanyak RM-1

Index emas semasa 6290 turun sebanyak -40pts berbanding semalam: 6330, spot price semalam 168.13

Harga emas 916 hari ini : harga marhun

  • RM 175.1 /gram


Harga emas hari ini untuk semua jenis emas

  • 999 : RM 191.15
  • 950 : RM 181.59
  • 916 : RM 175.1
  • 875 : RM 167.26
  • 835 : RM 159.61
  • 750 : RM 143.36

      Harga emas diupdate pada 7-2-2018 jam 08-58

Monday, January 29, 2018

HARGA EMAS HARI INI

Harga emas 916 hari ini : harga marhun

  • RM 176.67 /gram

Harga emas hari ini untuk semua jenis emas

  • 999 : RM 192.87
  • 950 : RM 183.23
  • 916 : RM 176.67
  • 875 : RM 168.76
  • 835 : RM 161.05
  • 750 : RM 144.65

      • Harga emas diupdate pada 29-1-2018 jam 00-59



Saturday, January 27, 2018

EMAS 999


Emas 999.9 @ emas 24K mengandungi 99.9% kandungan atom Au(emas) dalam sebatiannya. Sifatnya lembut dan biasanya dalam bentuk gold bar atau jongkong emas.

-Kalau emas 999 ialah emas tulen. Maknanya emas jenis ini tidak dicampur dengan benda lain.

- 99.9% ialah pure emas

- Dikenali sebagai emas 24K (emas 24 karat).

- Kalau orang tua suka panggil emas 10.

- Kebanyakannya dalam bentuk emas jongkong (gold bar).

- Harganya lebih mahal berbanding kualiti emas yang lain.

- Kualiti emas yang terbaik untuk simpanan dan juga pelaburan.