EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Saturday, March 11, 2017

EMAS !!!

Allah menaikkan taraf emas sebegitu mulia..Walaupun terbenam di dasar bumi atau lautan selama ribuan tahun emas tidak berkarat.
Nilainya makin meningkat. Digilai wanita. Menjadi rebutan anak cucu Adam sejak zaman-berzaman.Tenggelam Qarun ditelan bumi disebabkan tamak haloba kerananya.
Disebut-sebut dalam Al- Quran, perhiasan di syurga yang kekal abadi,ditinggikan darjatnya.

Masihkah kita tidak mengerti lagi atau memahami maksudnya?



Friday, March 10, 2017

DARI HARIMAU MINT GOLD (HMG)

Proof coin...proof coin....Apa maksudnya?
Proof Coin ini bermaksud kualiti, hasil akhir tempaan dengan teknik tempaan yang berbeza berbanding normal. Semuanya perlu dititik beratkan dari awal, dari REKAAN awal yang memerlukan pereka yang mahir dan faham bab tempaan, DIES MAKER yang berpengalaman kerana hanya segelintir yang mampu buat acuan terutamanya di Malaysia, juga PENEMPA yang teliti dan tajam matanya serta mempunyai displin yang tinggi untuk menghasilkan hasil akhir seperti diterangkan di bawah.
“SYILING HARIMAU MINT GOLD ditempa dengan kualiti PROOF COIN. Dengan gambar yang tajam dan halus di permukaan depan dan belakang, pembuatannya juga dikenakan TEKANAN 2 kali ganda dari biasa bagi menghasilkan rekaan yang dekat di hati dan menyentuh jiwa. Sudah pasti anda akan berpuas hati dengan kualiti “mirror finishing”, iaitu hasil akhir HMG yang umpama CERMIN. Edisi TERHAD Harimau Mint Gold menjanjikan 1001 kepuasan buat kewangan mahupun koleksi anda!”
Keseluruhannya, hasil akhir ini adalah hasil kerjasama semua pihak dari peringkat awal sehinggalah kepada ejen HMG yang sentiasa bermotivasi untuk educate pelanggan dan rakyat Malaysia berkenaan syiling dengan kualiti pruf (Proof Coin).
Dan dengan sokongan semua pihak, HMG juga bermotivasi untuk kekalkan syiling pruf bermula dari syiling 2015, 2016 v.1 & v.2 serta 2017.

Thursday, March 9, 2017

EMAS UNTUK KEBEBASAN KEWANGAN

Apa yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan? Bila seseorang itu dikategorikan sebagai bebas kewangan?
Ada situasi yang jelas untuk menentukan kedua-dua tahap dalam kehidupan manusia Itu. Seseorang akan mencapai kebebasan kewangan apabila pendapatannya melebihi perbelanjaan. Ini bermaksud, selagi perbelanjaan seseorang itu melebihi pendapatannya; dia pasti tidak cukup wang untuk meneruskan hidup. Dia akan dibelit hutang untuk mencukupkan pendapatannya.
Ramai orang sedang menghadapi situasi berkenaan sekarang ini. Ekonomi yang tidak menentu, kenaikan kos sara hidup, dan inflasi menjadi penyebab utamanya. Akibatnya mereka hidup dalam kesengsaraan…
Lupakan saja persoalan takdir yang sering dijadikan alasan. Manusia diberi akal untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dua hal itu mesti diajar oleh guru-guru di sekolah bagi mematuhi aspek KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kreatif). Kini dicanggihkan lagi dengan KBAT.
Allah menyediakan kita pelbagai alat untuk mencari penghidupan. Gunakanlah alat itu sebaik-baiknya. Dua benda yang sudah teruji dapat mengeluarkan manusia daripada kemiskinan ialah emas dan perak. Logam-logam ini disebut berkali-kali dalam kitab
suci Al-Quran.
Emas bebas inflasi. Nilainya tetap utuh selagi dunia belum kiamat. Kenaikan harganya berlaku setiap tahun. Anda sudah dipasakkan dengan statement sebegini entah untuk kali yang keberapa.
Terimalah hakikat. Pergilah ke mana-mana pun untuk dapatkan emas anda secara santai. Jangan paksa diri. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Wednesday, March 8, 2017

KESILAPAN PELABUR EMAS

Sekadar nak berkongsi perkara penting buat pelabur emas iaitu tentang kesilapan biasa pelabur emas. Saya berkongsi ni sebab saya tengok ramai juga yang buat kesilapan remeh yang sepatutnya boleh dielakkan kalau kita ada ilmu. Untuk elakkan kesilapan tu, saya dedahkan kesilapan-kesilapan tu berdasarkan pengalaman saya sendiri dan dealer-dealer yang otai. Moga isinya bermanfaat:
1. Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana talk tentang pelaburan emas.
2. Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.
3. Membeli barang kemas. Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan kos workmanshipnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%.
4. Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dan sebagainya. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.
5. Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread antara 4% - 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh.
6. Pinjam duit untuk beli emas. Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur. Walau bagaimanapun, kena belajar macam mana
nak buat pinjaman suapaya beroleh keuntungan kalau nak buat pinjaman juga !!!
7. Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain. Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi menjadi emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi juga. Senang beli, senang jual balik.
8. Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Tips penting, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.
9. Membeli emas fizikal di bank. Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dan sebagainya bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai 'used gold' di kedai emas.
10. Menjual emas ditempat yang salah. Tempat terbaik untuk jual emas ialah di tempat anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan daripada harga semasa.

RM1000.00/UNIT


SILALAH KE KEDAI EMAS RUHAN

Tuesday, March 7, 2017

WAKTU YANG SESUAI NAK JUAL EMAS

Secara idealnya, bila nak pakai duit, especially untuk tukarkan kepada harta yang real juga macam beli rumah ataupun hartanah yang lain. Kalau sekadar nak simpan dalam ASB, Tabung Haji, atau Akaun Simpanan, bagi saya, lebih baik simpan emas. Emas naik 20% setahun, ASB 8.5%, Tabung Haji 5%, Akaun Simpanan ?%! Sedangkan harga barang keperluan harian naik 10% setahun!. Secara umumnya apabila anda merasakan harga emas berada pada paras yang tinggi, bolehlah anda jual atau pun anda boleh terus simpan lagi sehingga harga emas anda mencecah nilai yang anda inginkan.Simpan emas bukan sahaja dapat nikmati kenaikan harga emas, tapi yang penting juga adalah selamat dari inflasi - kenaikan harga barang. So, perbetulkan mindset kita tentang pelaburan emas!
Tips ringkas pelaburan emas :
i. Setiap tahun, akan berlaku 3-4 kali market correction yang mengakibatkan harga emas menurun ke paras tertentu. Beli pada harga terendah sebelum harganya naik kembali. Tipsnya adalah tetapkan penurunan maksimum adalah seperti harga terendah bulan sebelumnya … Jangan tamak …
ii. Setiap satu atau 2 bulan, akan berlaku penurunan kecil yang mungkin mencapai sehingga 5% dari harga biasa. Yang ni anda kena selalu monitor harga. Sila rujuk kitco.com.
iii. Harga pasaran dunia ditutup pada Jumaat malam dan dibuka kembali pada tengah malam Ahad waktu Malaysia. 70% daripada harga pembukaan pada hari Isnin adalah lebih tinggi daripada hari Jumaat.
iv. Jika pasaran saham New York jatuh melebihi 5% dan diikuti kejatuhan saham utama Asia, kesannya akan memberikan lonjakan pada harga emas. Begitulah sebaliknya jika pasaran saham meningkat.
v. Secara umumnya, JANUARI adalah waktu terbaik membeli emas. OKTOBER hingga DISEMBER adalah waktu terbaik menjual emas dan JUN adalah permulaan terbaik untuk masuk PAJAK....


RM200/KEPING

SILA KE KEDAI EMAS RUHAN

Sunday, March 5, 2017

BUAT DUIT DENGAN EMAS

Emas milik anda bukan sahaja boleh digadai malahan juga dijual untuk memperoleh keuntungan.

Saya memiliki 50 gram emas 999.9 yang dibeli pada harga ahli di Power Gold pada bulan Ogos 2014. Harganya ialah RM151/gram.

Katakan harga jualannya RM172/gram (menyamai harga jualan ahli pada Ogos 2015.

Saya dapat untung RM21/gram.

Untuk keseluruhannya berjumlah RM21 x 50 gram = RM1050.00.

Sungguh menakjubkan.

Dalam masa dua tahun lebih sedikit sahaja seorang penyimpan
emas 999.9 sudah merasai keuntungan daripada tabiat baiknya
menyimpan emas.

Walau bagaimanapun, bagi penyimpan emas yang berpanjangan
jauh, dia tidak akan menjualnya untuk tempoh itu.
Dia akan simpan lebih lama supaya keuntungan itu berlipat ganda.

ANDA MASIH TAK NAK SIMPAN EMAS ???

Saturday, March 4, 2017

TAK NAK PERCAYA LAGI ?

Sudah beberapa hari tiada posting dari saya. Entah bagaimana secara tiba-tiba sahaja terpaksa selesaikan kerja-kerja perkeranian yang tidak sama sekali menggembirakan saya.
Ini keratan posting saya pada hari Ahad lepas.
Saya gadai 10 gram gold bar untuk dapat RM1560.00. Bank bagi dua kali ganda untuk beli saham di Bursa Saham Malaysia. Beli saham DNEX-WD yang sedang menggila sebanyak 31,200 saham pada harga RM0.10/saham. Semua saham itu dijual pada hari esoknya pada harga RM0.14/saham.
Boleh anda tolong kira keuntungan saya?
Transaksi itu berlaku pada petang khamis dan berakhir pada pagi Jumaat. Tidak besar mana pun keuntungannya.
Namun, persoalan yang hendak dikemukakan di sini ialah
kebolehmanipulasian sumber dana yang ada dalam pelaburan emas.
Saya buat request kepada bank untuk transfer RM2760.00
(modal RM1560 + untung RM1200.00) ke akaun saya.
Tujuannya adalah untuk menambah pemilikan emas. Harga emas 999.9 ketika ini ialah RM194.00/gram. Ini harga kilang. Saya dan the gang sahaja dapat harga ini. Kalau anda nak beli harganya ialah antara RM202.35 hingga RM215.00/gram. Anda sudah pun diberitahu tentang kenaikan harga emas terkini. Kalau nak harga tu ikutlah saya ...
Wang tersebut saya tambah dengan wang gaji bulan Februari sebanyak RM150.00 untuk menjadikannya RM2910.00 supaya dapat beli 15 gram emas 999.9.
Dengan transaksi-transaksi sekitar itu sahaja saya telah memiliki
sebanyak 10 + 15 = 25 gram.
Manipulasi seperti ini boleh dibuat berulang-ulang kali. Jika situasi sekarang berulang lagi atau menjadi lebih baik, saya mampu mendapat harga gadaian RM194/gram atau mungkin lebih daripada itu pada tahun 2019.
Ingat! Hanya emas yang mampu memberikan anda kebaikan itu.
Tak percaya lagi?