EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Sunday, March 12, 2017

BERSEGERALAH BUAT PERUBAHAN !!!

Anda sudah didedahkan dengan pelbagai info mengenai emas.

Kesemua info yang didedahkan itu disertakan dengan bukti jelas, bukan direka-reka.

Oleh sebab itu, tiada alasan untuk anda memandang sepi akan logam paling berharga di dunia dan di akhirat ini.

Namun, anda akan tetap berada pada tahap kosong jika tidak mengambil langkah pertama untuk memulakan projek membeli dan menyimpan emas.

Emas dibeli dan disimpan demi kebahagiaan masa depan.

Tiada sesiapa pun yang namanya manusia itu mengetahui dengan tepat yang akan ditempuhinya sesaat mendatang.

Tiap-tiap seorang daripada kita perlu sentiasa berhati-hati dan siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dalam situasi yang tidak menentu ini.

Orang yang berjaya ialah orang yang hari ininya lebih baik daripada semalam.

Tiada masalah untuk anda terus bernostalgia dengan hari semalam, tetapi harus diingat bahawa ketika anda terus diulit mimpi; orang lain sudah meninggalkan anda bersama kejayaan demi kejayaan.

Usahlah merintih pada apa-apa yang dibikin sendiri. Qada' dan gadar sudah ditentukan. Walau bagaimanapun, kita dikurniakan akal fikiran untuk membuat pilihan.

BUATLAH PILIHAN YANG TERBAIK ...

MULALAH MENYIMPAN EMAS HARI INI JUGA ...


No comments:

Post a Comment