EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Sunday, March 26, 2017

MENGAPA TIDAK MEMULAKANNYA ?

Posting yang dipaparkan kepada anda semalam adalah untuk memberi pengetahuan kepada anda tentang kebolehdapatan maklumat tentang emas secara harian.
Tidak ada perkara yang tersorok dalam perniagaan dan pelaburan emas. Kesemuanya transperen.
Dengan demikian, tidak hairanlah jika terdapat ramai sekali mereka yang memberi fokus kepada perniagaan yang menguntungkan ini.
Sekali lagi saya tegaskan bahawa hanya emas sahaja komuditi yang memberi keuntungan kepada pembeli ketika pembelian dilakukan. Ini kerana harga kilangnya kurang daripada harga runcit.
Harga runcit emas 999.9 menjadi RM220/Gram kerana ditokoktambah dengan premium, upah, dan kos-kos lain walaupun tidak dikenakan GST.
Anda tak perlu hiraukan hal harganya naik atau turun untuk memulakan simpanan emas kerana pelaburan emas bersifat jangka panjang.
Harga kilang emas 999.9 berkisar di sekitar RM189 hingga RM192 per gram sepanjang bulan Mac 2017. Hal ini memungkinkan harganya berada pada paras melebihi RM220 penghujung tahun ini.
Itu sebabnya anda perlu bermula sekarang. Anda tak mungkin dapat menyertainya apabila jarak harganya menjadi semakin besar.
Fikir-fikirkanlah ...


No comments:

Post a Comment