JANGAN PANGKAH DACING DI MERLIMAU DAN KERDAU
Apa yang selalu berlaku apabila ada pilihan raya di Malaysia?
Kedua, projek mi segera. Turap jalan. Bina sekolah. Bantu budak sekolah. Rasmi bangunan baru. Aksi-aksi tambahannya ialah ucapan yang mengandungi proganda tentang betapa baiknya UMNO dan penegasan tentang tiada UMNO tiadalah pembangunan. Bukankah itu menjadi tugas dan tanggungjawab pemerintah? Mengapa bila ada pilihan raya baru sibuk? UMNO memang suka wakil rakyat mati kerana itu saja masa yang boleh digunakan untuk menonjolkan diri. Kalau buat masa lain, tiada orang yang tengok. Lihatlah betapa tidak ikhlasnya UMNO.
Ketiga, kerah semua agensi kerajaan bantu kempen UMNO. Askar. Polis. Jururawat. Guru. Kenderaan kerajaan. Bangunan kerajaan. Pendek kata apa-apa yang ada semuanya digunakan untuk meraih undi. Parti lawan mereka hanya terkulat-kulat memandangnya. Demikianlah demokrasi yang diamalkan oleh UMNO. Tidak pernah wujud gelanggang pertarungan yang sama rata dalam mana-mana pilihan raya di Malaysia. Sehinggakan tarikh pilihan raya pun cenderung menyebelahi UMNO.
Keempat, ugutan kepada pengundi. Ali Rustam beri amaran kepada pengundi Cina. Lu garu belakang gua, baru gua garu belakang lu. Isa Samad ugut pegawai dan peneroka FELDA yang menyokong Pakatan Rakyat. Noh Omar kata, kalau pangkah PAS tak adalah pembangunan kerana pembangkang hanya boleh bercakap sahaja. Dia tidak beritahu pengundi bahawa kerja mematai UMNO sangat perlu supaya tiada penyelewengan berlaku dalam pemerintahan. Berpandukan laporan Pakatan Rakyat tentang pengkhianatan UMNO yang tidak mampu ditepis, sememangnya Noh tak suka PAS menang. Najib pun bercakap benda yang sama di Jengka. Kerajaan akan beri, tetapi bila mengundi, pangkahlah dacing. Lihatlah betapa tidak berselindungnya UMNO merasuah pengundi.
Kelima, menyebar fitnah. UMNO tidak segan-segan tuduh PAS yang buat apabila ada kes yang merugikan mereka. Adnan Yaakob kata PAS sebar calonnya tak lulus masa belajar di Universiti al-Azhar. Bukankah isu itu dimulakan oleh blogger? Kalau betul, mengapa pilih dia jadi calon? Bukankah sendiri yang susah? Bila susah hentam orang lain pula. Ini kerja orang tak ada telur.
Pengundi-pengundi di Merlimau dan Kerdau. Anda perlu berubah. Anda tidak boleh lagi menyokong UMNO yang tiada keikhlasan semasa memberi perkhidmatan. Perkhidmatan hanya diberikan jika mereka mendapat keuntungan daripadanya. Jangan harap semua itu akan diberi jika tiada pilihan raya. Selepas itu, mereka akan kata, "Pembangkang tak boleh beri apa-apa pun. Janji bolehlah."
PAS tidak buat apa-apakah di Kelantan dan Kedah? DAP tidak buat apa-apakah di Pulau Pinang? PKR tidak buat apa-apakah di Selangor? Kalau mereka tidak buat apa-apa, mengapa mendapat pujian Ketua Audit Negara? Mengapa dapat pujian daripada badan-badan antarabangsa yang lain?
UMNO sengaja memadamkan kejayaan Pakatan Rakyat yang dicapai dalam masa tiga tahun memerintah. UMNO sendiri tidak boleh tambah pendapat negeri seperti yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Kenapa? Mereka bagi sedikit kepada kerajaan negeri yang lebih tu masuk kocek pemimpin. Anda akan hanya membiarkan pengkhianatan ini diteruskan jika masih mengundi UMNO. Hentikanlah dengan segera.
